Followers

Sunday, January 30, 2011

Aku bukan gay, but sumpah aku rindu dia :'(

Salam, hari ni just nak share something yang dah lama aku pendam. Hurm, actually aku ada problem besar. My best friend macam dah tak nak tegur aku lagi. Aku tak tau apa salah aku actually. Honestly, aku tak kisah kalau dia nak pulau aku, at least bagitaulah apa salah aku ni. Masalahnya, dia buatkan aku bertambah derita sebab dia langsung tak nak bagitau apa salah aku at the same time macam dah tak nak tegur aku. Ya Allah, sesungguhnya kau maha mengetahui isi hati hamba2mu ya Allah, sesungguhnya aku terlalu menyayangi dia sebagai seorang sahabat. Terlalu derita hati ini ya Allah apabila dia membuat aku sebegini, tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami ya Allah, sesungguhnya aku terlalu ikhlas bersahabat dengan dia. Kalau dia membaca tulisan aku ni, aku hanya ingin dia tahu yang aku sekarang ni memang menderita. Aku terlalu rindu untuk dengar kau pelawa aku pergi makan, keluar sama-sama, mendengar gelak kau, tunjuk ajar kau, duduk sebelah kau masa kuliah and macam2 lagi dan semestinya terlalu rindu. Maaflah kalau sememangnya aku bukan kawan yang terbaik untuk kau. Tapi ingat, aku takkan pernah dapat jumpa kawan sebaik kau :')

No comments: