Followers

Saturday, January 29, 2011

Hanya Satu Dan Tiada Yang Lain

Iman Terlalu Merindui Nenek...


JUMAAT, 31 JULY 2009, 3.50 p.m, Bukit Katil Melaka. Allahyarhamah Zabedah binti Sulaiman telah pergi buat selama-lamanya dalam diriku. Nenek, Iman doakan nenek supaya sentiasa tenang dikalangan orang-orang yang diredhai dan diberkati". Aku tersedar pada awal subur dan rasa haus sangat2...aku pergi ke dapur melalui bilik bekas tinggalan nnek...bau pinang ckup kuat sehinggakan aku pelik...nenek dah balik ke??...aku terus ke dapur dan meneguk air..kebetulan aku terdengar bunyi orang mencangkul dkat blakang...aku tgok daripada tingkap...aku tkejut tgok nnek tgah berkebun dkat blakang rumah..seolah-olah rutin hariannya dirumah segamat dan nostalgia dulu kembali....aku segara tanya...nnek dah sihat ke??..nenek jwb..."a'ah, nenek dah sihat man"...camtu lah mimpi aku pada malam sebelum hari kematian nenek...Pada jam 3.30, aku mcm biasa, pergi ke makmal komputer, lyan e-mail2 yang melambak2. Masa tu, seberang perasaan x muncul melainkan rasa yang tidak berapa tenteram di sertakan dengan cuaca yang agak mendung dan agak suram seakan-akan ingin mmberitahu aku kisah pemergian. Air-cond mmbuatkan aku brtambah x selesa n otak ni sering trbayangkan perkara yg pelik2. Aku teruskan pekerjaan aku hinggalah pada jam 4.15 p.m aku terima panggilan drpd ibu mengenai pemergian nnek. Hati mula x merelakan kenyataan yg di bagitau pd aku...nnek sekah ke nenek bedah??...dlm hati ni berulang kali mngharapkan jwapan yang bakal keluar pd mulut ibu bukanlah nnek bedah...bukanlah aku mgharapkan nnek sekah yg akan pergi...ttpi secara akrabnya hubungan seorang nnek dengan seorang cucu, nenek bedah jauh lebih mnyayangi akan cucunya yg diantaranya adalah aku...spanjang 12 tahun keakraban yang trjalin diantara aku dan dia, ia di cemari oleh "virus" yang menyaluri setiap jalinan silaturahim tersebut dimana nnek mula menjauhi atau telah di jauhkan daripada cucunya yang segenap lamanya tinggal bersama...aku x pernah menyangka jauh bezanya harta daripada hubungan kekeluargaan yg terjalin...lama aku menunggu sehingga kini untuk tertawa bersama, makan bersama, malahan tidur bersama, dan apa yg paling aku rindui adalah mendengar latar-nya tapi harapan tersebut seakan-akan lenyap buat selama-lamanya...aku tahu apa yang sebenarnya berlaku pada nnek sehinggakan ia mmbawa kepada pemergian ia....walaupun teknologi perubatan yang smakin moden, ianya masih x mampu mengukur dan mengubati rasa rindu, kasih sayang seorang emak dan anak, nenek dan cucu akibat paluan rindu yang semakin merambang...terpinggir seorang diri dibilik tanpa ada tempat untuk mengadu rasa hati, pahit perasaan, melara jiwa dan sebagainya dan hanya menunggu untuk meneguk air dan ubat yang bertaburan banyaknya....kalau diikutkan, ubat bukanlah segala-galanya...malahan rangsangan, sokongan dan kasih sayang mampu untuk melakukan anjakan paradikma...aku percaya, seserius manapun penyakit strok, dengan ikatan kekeluargaan yg terjalin erat, ia mampu mengkis segalanya....setelah mendengar khabar tersebut, aku bergegas blik ke rumah dgn mgharapkan tuhan mmberikan aku tenaga utuk brjln dgn lbih pantas...sampai dirumah...aku mendengar tangisan ayah yg mmbuatkan hati ni bertambah pilu...perjalanan ke melaka, agak suram...setelah sampai ke melaka...aku tanpa berlengah....bekejar ke dlam rumah...apa yg mmbuatkan hati aku hancur, musnah, berkecai apabila melihat jenazah nnek....sehalai batik yang dittupkan panjang diatas jenazah...aku seakan-akan x mampu bersuara dan x mampu menahan air mata dan perasaan ini...mak murziah segara menyambut aku dgn pelukan dan berkata "nenek dah x de"...aku duduk dihadapan jenazah nnek agak lama dgn harapan aku dapat mengucup dahinya...pada malam tu, pelbagai perkara bida'ah berlaku...tahlil lah, yasinan lah...erm..aku sedih tgk jenazah nenek yang terkujur lama menunggu hari pengkebumiannya pada hari esok...bukannya x sempat utk kbumikan nnek pada hari tu...tapi terpaksa mnunggu ahli keluarga yg langsung x t'pikir nak melawat nnek masa hidupnya atau masa sakitnya...semoga Allah s.w.t mmberikan hidayah kepada mereka....aku lgsing x terlena nak tdur walaupun masa untuk aku tggu nnek dah tamat...aku x mampu nak lihat nnek keseorangan terkujur menyendiri....pada keesokkan harinya, aku bangun, sembahyang subuh dan membaca al-quran dihadapan jenazah nnek...aku dipahamkan nnek akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi...aku dpt bygkan betapa terseksanya mayat nnek kerna tidak dikebumikan dgn kadar segera menurut ajaran islam...setelah siap di mandikan dan dikafankan..aku dapat melihat betapa cantiknya wajah nenek yg berada didlam keadaan sperti orang yg nyenyak tidur dan tersenyum =')....hati terlalu sebak sehinggakan aku x mmpu mnehan air mata sehinggakan aku teresak-esak menangis..aku tau, dlm islam mmg x dbnarkan kita meratap dihadapan mayat...tp, hanya allah je yang tau macammana keadaan aku mase tu...lepas solat jenazah, nnek dihantar ke tanah perkuburan...aku turut sama berada didalam van mayat dgn harapan nnek x lah keseorangan semasa perjalanan ke tanah pekuburan dan aku tahu disbbkan nnek akan berada keseorang dialam kubur, sesaat pun aku berjanji dlm diri yang aku xkan tggalkan jenazah nnek sehinggalah selesai upacara pengkebumian...aku tau dia rindukan cucunya seperti mana cucunya merindui dia...sampai ditanah pekuburan jenazah nnek diturunkan dan lahad telah siap digali...semasa memasukkan nnek kedalan lahad, angah yang tolong bersama dua orang pakcik penggali kubur memasukkan mayat nnek...menurut angah, dlam lahad nnek, dia terbau wangi yang teramat sangat dan merasakan tanah tersebut sejuk seakan-akan air sungai yang mengalir...dgn knyataan yang baik, aku mgharapkan nnek tenang dialam kubur dan allah mengampuni, meredhai dan menempatkan nnek dikalang orang-orang yang beriman...setelah selesai upacara pengkebumian, aku dan ahli keluarga pulang...walaupun kaki meningalkan tanah perkuburan, mata aku x skali menoleh kearah lain melainkan pusara nenek...setelah rasenya tujuh langkah aku meninggalkan kubur tersebut, muka aku seakan-akan ditampar dengan lembaian sejuk angin yang lembut dan skali-skala terbau haruman yang wangi seolah-olah tidak membenarkan aku terus bersedih...aku tabahkan perasaan dan terus meninggalkan tanah perkeburan tersebut....
Nasihat nenek buat aku...

1. Jadi Manusia yang baik dan berguna
2. Jangan Tinggalkan ibadah
3. Jaga Ibu dan Ayah
4. Jangan bergaduh dengan adaik beradik
5. Jangan terlalu mengejar harta dunia
6. Jangan tinggalkan ilmu pelajaran
7. Sentiasa menolong adik beradik ataupun orang yang berada di dalam kesusahan
8. Jangan lupakan nenek
9. Sentiasa mendoakan nenek

Nenek, kalaulah nenek tahu macamana perasaan rindu yang membuak-buak didalam hati ni...Iman percaya, satu pun pesanan nenek iman xkan tinggalkan. Iman sentiasa mendoakan nenek berada didalam keadaan yang tenang dan diredhai oleh Allah. Semoga kita berjumpa di tempat yang direstui dan diredhai oleh Allah s.w.t diakhirat kelak. Amin.

No comments: