Followers

Friday, February 4, 2011

Maafkan Uteh Ibu.

Entri Khas Buat Ibu.

Bismillahirahmanirahim
  رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
 Salam ibu, maafkan uteh kerana tak mampu untuk menjaga hati dan perasaan ibu. Bergunung tinggi dosa yang telah uteh telah lakukan pada ibu. Tidak pernah sekalipun uteh terfikir tentang penat lelah ibu membesarkan dan memberikan kasih sayang kepada diri uteh. Tatkala uteh merasakan kelamnya dunia ini, ibu yang menerangi semula, apabila uteh merasakan kepahitan dan kesengsaraan, ibu yang membahagiakan uteh. Maafkan uteh ibu kerana terlalu banyak bebanan yang uteh berikan pada bahu ibu. Uteh berjanji pada ibu, uteh akan cuba berdikari dan tidak akan pernah lemah dengan ujian yang Allah s.w.t berikan pada diri uteh. Sesungguhnya jika dibandingkan pengorbanan ibu dengan harta setinggi gunung, masih tidak mampu untuk menidakkan pengorbanan ibu yang terlalu besar untuk diri uteh. Ketabahan ibu tidak akan pernah dapat ditandingi oleh sesiapa. Kini uteh mengerti ibu, kesedihan, kesengsaraan, kepahitan dan kesakitan yang ibu alami sanggup ibu pendamkan demi membahagiakan uteh. Ampunilah dosa uteh ibu. Sesungguhnya kasih sayang ibu seolah-olah membawa uteh ke Al-Jannah. Uteh sentiasa merindui ibu. Ibu adalah wanita pertama dalam hati uteh. Terima kasih ibu.

No comments: