Followers

Monday, May 30, 2011

Cabaran 7 Hari : 1st Day

Note :
Bismillah.
Cabaran 7 Hari.
Hari ini adalah first day.
Cabarannya adalah : 

"9 Peristiwa Silam Yang Tak Dapat Dilupakan"

Bila cakap pasal peristiwa silam ni, memang banyaklah perkara yang tak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi, masa zaman kanak-kanak. Time tu dah lah nakal segala bagai. Tapi aku akan cuba bukak buku lama. Nak ingat semula 9 Peristiwa Silam yang betul2 meninggalkan kesan pada diri aku. :D

1. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1997~2003

Hurm, cakap pasal raya, memanglah perkara wajib tak dapat dilupakan kan?, tapi bagi aku dalam rangka masa 97'-03' adalah Aidilfitri yang paling bermakna dalam hidup aku. Kenapa?, sebab masa tulah aku dan keluarga dapat menyambut aidilfitri bersama orang yang kami sayangi iaitu Allaryarhamah Nenek Zabedah. Nenek meninggal pada tahun 2007, so mesti korang pelikkan kenapa aku cakap raya dari tahun 97 sampai 03 yang best. Sebab time tu semua saudara mara aku ada. Lagipun rumah aku adalah rumah pusaka atuk @ kampung lah kirenya. Selepas berlakunya peristiwa pahit dalam sejarah keluarga Harun, nenek dah tak tinggal bersama kami lagi, so kiteorang akan merayakan aidilfitri hanya bersma keluarga manakala Nenek dibawa ke rumah anaknya dan mereka semua berkumpul disana. Hurm, sedih pulak rasanya.

2. Hari pertama ke sekolah (Darjah Satu)

Wah, time tu macam2 perasaan ada. Of course suka dan sedih. Suka masa sebelum nak pergi, sebab dapat pakai uniform sekolah yang selama ni asyik tengok akak dan abang je pakai. HAHAHA. yang sedihnya, bila ibu nak tinggalkan aku sorang2 kat dalam kelas tu bersama strangers (kire stranger lah kan? sebab aku pun manalah kenal budak2 lain time tu). Habis aku meraung dalam kelas tu, tersedu2 nak ikut ibu balik. Terpaksalah ibu tunggu kat depan kelas sampai aku leka, Ibu pon chow, HAHA. Ibu memang bijak, dia tahu yang aku takkan nangis bila tak ada dia, sebab apa?, sebab malu nak nangis sorang2. HAHA.

3. First time masuk asrama.

Masa tu aku darjah 4. Aku dapat masuk asrama desa kat SK Buloh Kasap. Mula2 macam excited, jap lagi bila ibu dah balik, aku meraung sorang2 dalam tandas sambil tengok muka ayah and ibu. Memang tak boleh bla. HAHAHA.

4. Mula-mula belajar tunggang motor bersama Angah.

Yang ni agak gila sikit. Masa mula2 angah ajak aku belatih bawak motor. Wah, punya lah excited, padahal baru darjah 3 or 4 time tu. Wah cubaan pertama agak bagus. For the second time, kononnya nak tunjuk kat ibu yang aku dah reti bawak motor. Kejap lagi, aku dengan bangganya pergi perah minyak sekuat mungkin (excited rasanya kot), terus motor memecut dengan laju (banyangkanlah, masa tu aku rasa guna gear 1), angah duduk kat belakang aku, dengan terkujat (terkejutnya) jerit, MAN!, MAN!, MAN!!!!, POKOK!!!........................ *dush~

Dengar suara ibu jerit : Aku haramkan kau bawak motor lagi, masuk!~..huhuhu, giler sedih time tu.

5. Kepala terbenam dalam lubang sampah sarap (eeewwwww!~~)
*gambar ni agak melampau eh.

Yang ni sure korang jijik!. Aku time tu main dengan uda and shima kat belakang rumah. Time tu ada satu lubang besar kat belakang rumah yang dipenuhi dengan sampah sarap dan air2 danau yang busuk lagi berulat. Yikees!. Masa tu kiteorang suka sangat main kat tepi lubang tu. Tak taulah kenapa. Ibu cukup pantang bila tengok kiteorang main kat situ, wajib kena rotan. Tapi hari tu, si uda pergi ajak aku ngan shima main pondok2 kat situ sebab masa tu ibu tengah tidur. Apa yang aku ingat, time tu nak masak sayurlah kononnya, aku pon  pergi cari sampah sayur kat dalam lubang tu. Aku cuba kait2 lebihan sampah sayur tu dari tepi dan tibe2 aku tergelincir dan kepala aku terbenam dalam kolam sampah tu..YULLKSSSS!. Time tu ibu pon ternampak dari tingkap dapur lalu jerit, MANNNNNNN!!!~~. Ibu turun bawak rotan, time tu uda ngan shima memang dah kena teruklah dengan ibu, then aku pon kena kaw2 punya, ibu mandikan aku (ibu kata kat rambut aku banyak ulat sampah)..errrr....then bawak aku pergi klinik. Alhamdulillah tak ada apa2. Tolonglah tau yang ibu kita semua sangat sayang dengan anak2 nya. Pukul tak bermaksud dendam, Marah tak bermaksud benci itu semua adalah kasih sayang. Uteh sayang ibu! ;')

*sampai sekarang uda dok bahan aku : "tu sebab kau jadi camni".....errr -,-"

6. Hampir dilenyek oleh lori simen Ayah.

Wahhh.. mesti korang terngange kan?. Ye, betul. Aku anak yang agak manja dengan ayah masa kecik2 dulu, setiap kali ayah nak pergi kerja, mesti aku nak ikut. Sampai selalu kena rotan and kena marah ngan ibu. Sampai satu hari tu, aku wat kerja gile, selalunya ayah akan pergi kerja subuh, aku pun keluar senyap2 dan nyorok bawah tayar lori simen. Tayar tu 3kali ganda lebih besar dari aku, aku rasalah. Time tu ayah dah start engine lori. Dengan kuasa Allah taala, ayah terperasan aku dari side mirror lori dia. Dia kompemlah terkejut giler babi sebab nampak anak dia celah tayar lori. Dia turun dan terus peluk aku sambil menangis cakap apa adik buat ni. Tu yang aku ingat lah. Then ayah matikan engine lori and terus bawak aku masuk. Hari tu ayah cancel pergi kerja sebab ayah kata dia lemah semangat tengok aku celah tayar lori. HAHAHA. gila siot aku. Kalau lah ayah tak perasan aku celah tayar tu, aku rasa sekarang ni, jangan katakan GA contest, lucky draw tu pon aku tak merasa nak organize..conclusionnya, ayah juga sayang pada anak2 mereka. :'D

7. Hadiah play-doh daripada Ibu.
Wah, time tuh tersangat2lah happy sebab aku jarang dapat hadiah harijadi ni. Malam birthday aku, ayah ajak ibu keluar, then ibu pon bawak aku sekali. Time tu aku sikit pon tak expect yang ibu nak belikan aku hadiah. Pelik jugak yang ibu ajak aku tengok2 barang kat tempat permainan. Sampai kat satu wagon tempat semua permainan Play-Doh, ibu capai satu set besar Play-doh yang aku ingat Ice-cream maker and Burger. Terharu giler sebab dapat mainan tu sebab selama ni pun just dapat tengok dari TV je. HAHAHA. Tq Ibu :D

8. Bercuti di A'Famosa Resort dengan family.
Of course sangat happy sebab jarang family aku dapat spent time together, masing2 sibuk dengan  kerja. Tapi masa tu trasa macam dunia ni aku yang punya. Apa yang buat aku tak boleh lupa, aku turun dari body slide yang paling tinggi kat A'Famosa tu. Ya Allah, rasa macam nak tercabut jantung. Siapa yang dah try naik mesti korang paham apa yang aku rasa.

9. Cuba semua permainan kat Cosmo World, Times Square.


yang ni pun boleh dikatagorikan sebagai giler jugak lah ye. Siapa yang pernah main kat sana, mesti paham dengan apa yang aku rasa, semua permainan aku cuba and aku je yang tak termuntah. Padahal member2 aku yang lain semua dah macam perempuan hamil 20 bulan *ade ke..errr..hahahaha.

Jadi itulah semua peristiwa yang aku rasa payah nak lupa. Kepada sesiapa yang berminat nak join Cabaran 7 Hari ini, meh klik sini.

4 comments:

msredcheesecake said...

mr iman,
gila ape dok kat lori tayar tu...buat abahnye sakit jantung je...heish budak nakal ni.....hheeee

Fizz Zoule said...

gila lah number 6 tu..serius tak lupa kalau aku :)

Mr Cuddlenookumpoo said...

msred and Anas, hahahaha..tulah, bila ingat2 balik, issshhh,,seriau rasanya..:D

SofieyAzwa said...

Cuaknya dengan lori simen tu.. Bahayanya