Followers

Tuesday, May 31, 2011

Cabaran 7 Hari : 2nd Day

Note :
Bismillah.
Cabaran 7 Hari.
Hari ini adalah second day saya.
Cabarannya adalah :

8 Dialog Yang Terpendam

Hehe, dialog terpendam?, banyak rasanya, sebab benda tu mungkin agak membuatkan kita tension bila tak dapat nak lepaskan kan?. Awas ye, dialog2 yang saya pendam ni mungkin agak membuatkan anda tak senang duduk maklumlah, lama terpendam, agak berbau la sikit ye. HEHE. jom tengok apa yang saya nak cakap tapi tak lepas :


1. Kepada Allah s.w.t

"aku malu nak katakan yang saya aku jatuh cinta padamu, tapi layakkah aku untuk menjadi kekasihmu?, aku terlalu inginkan kasih sayang darimu, tapi setandingkah aku dengan hambamu yang kau kasihi?, aku inginkan kerahmatan dan limpahan kurnia darimu, tapi tegarkah aku untuk menerima itu?, aku berserah padamu ya Allah.

2. Kepada orang2 yang sangat saya adore (rahsia ye, tak boleh bagitau)
"saya nak hidup bersama awak. saya nak awak sentiasa dengan saya. selama-lamanya. saya tak nak awak hilang walaupun satu saat dari saya. saya nak sentiasa disisi awak. sebab saya sayang awak."

3. Kepada orang yang suka berlagak kaya

"kau ingat harta pusaka mak bapak kau tu boleh tanam sekali masa kau mati ke?, sibuk sangat kau nak bagitau yang kau tu ada tu, ada ni, orang lain pun ada, tapi tak jakun macam kau. Tak payah nak bising sangatlah bagitau kat semua orang yang parent kau kaya segala bagai. AKU GELI!"

4. Kepada Ayah dan Ibu

Ayah, Ibu, uteh nak Android, I Pad and kereta. Boleh?. 

5. Kepada seorang budak kampus saya

Kenapa kau sanggup tipu aku?. Kau kata kau tak ada roomate, lepas tu terang2 dalam borang mohon bilik, kau dah decide roomate. Patutlah setiap kali aku tanya pasal roomate kau banyak sangat dalih, tengoklah rezeki sapa dapat duduk ngan akulah, apa lah!, sampai hati kau kan?, sampai habis cuti aku tunggu untuk duduk dengan kau, last2 aku tau yang kau dah ada roomate, tu pon bukan dari mulut kau sendiri. Aku hampa ok?. Aku bukan desak kau pon, sebab aku tau kau adalah seorang yang baik dan aku percaya kau untuk jadikan roomate, tapi?, susah ke nak bagitau dari awal?, aku tak pernah dan tak akan paksa kau untuk stay dengan aku. THANKS SEBAB BUAT AKU MACAM NI.

6. Kepada Pak Cik Bas UiTM

Asal pakcik dengki sangat ngan kiteorang, dah tentu kelas kiteorang ikut jadual, yang pakcik nak gerak bas ikut suka hati mak bapak pakcik apesal?, Ingat bas UiTM ni arwah atuk pakcik yang punya ke?, Gaji pakcik pun kiteorang yang bayar ok?!.

7. Kepada kawan2 sekelas dengan saya

kenapa korang macam moody dengan aku masa sem 2?, apa salah aku?, boleh tak korang just jujur je?, korang tau tak, aku ok kalau korang nak marah but atleast bagitau apa salah aku, ni tak, aku sakit ok?, aku sakit bila fikirkan apa salah aku pada korang. Ini tak adil ok. Aku menangis sendiri korang tau?, aku tertekan dengan sikap korang ada korang tau, aku terasa dengan kata2 korang, ada korang amik tau?, tak!! dan aku pun bukan mintak untuk korang amik tau. But, atleast appreciated lah walaupun sikit friendship kita. Show some respect bukan pada aku tapi pada hubungan kita.

8. Kepada sesiapa sahaja

Kita hidup didunia ini ibarat roda, kadangkala kita diatas dan kdangkala kita jatuh terjunam dibawah. Apa yang anda semua perlu fikirkan, tunjukkanlah walaupun sedikit kasih sayang, sikap prihatin dan saling membantu kepada orang lain. Kalau kita terus hidup dengan ego kita yang tinggi menggunung tu, bayangkan, kalau Allah s.w.t nak tarik nikmat yag diberikan kepada kita, dalam sekelip mata boleh terjadi, adakah kita masih nak teruskan ego kita?. Fikirkanlah.



Nak tengok Cabaran 1 dan Maklumat Cabaran?. Klik mana yang berkaitan ye?

1 comment:

msredcheesecake said...

OII BYK NYE DIALOG TERPENDAM...JGN PENDAM LAMA2 SORG2 NANTI TENSEN...