Followers

Tuesday, May 31, 2011

Cool ke merokok ni?

Note :
Bismillah.
Entri kali ni khas untuk semua.
Semoga kita dapat sedikit manfaat daripada entri kali ni.
Korang nak marah aku cerita pasal rokok?
So what?, marahlah!, syukur ada orang yang macam aku ni nak bagi kesedaran kat korang.
Bukan nak belagak, cuma nak selamatkan korang.
Selamat membaca :D


Assalamualaikum dan good evening semua, malam ni agak ringan tangan nak share ngan korang pasal rokok ni. Sebelum apa2 saya ni seorang yang anti rokok ye even rokok gula2 tu pon kalau saya jumpa, saya tenyeh kat muka tukang jual tu, kenapa?, sebab bagi bad influence pada kanak2 kecil. Salah ke saya?, up to you all. Ok, nak cerita pasal rokok, korang mesti common dengan jenama2 rokok yang dijual dalam Malaysia nikan?. Hurm, dah macam2 program dan aktiviti yang pihak kerajaan jalankan bagi memberi kesedaran pada perokok tegar kat Malaysia ni terutamanya dikalangan pelajar2 sekolah (geram bila tengok budak2 sekolah ni merekok!, sepender pun mak bapak yang beli ada hati nak tiup2 asap kat public!, rasa nak bagi penampau je sekor2, blaja tak nak, benda tu yang diorang sibuk nak kejar, lebih2 lagi budak2 melayu ni, aishhh!). Masuk balik topik, apa yang kerajaan dah buat?, ok, paling obvious sekali visual yang dilekatkan dikotak rokok iaitu penyakit2 dan kesan2 sampingan bila kita merokok. Jalan ke???, I reserved my comment. Tapi tengok statistik, makin meningkat je. NGO pulak buat apa?, ok, baru ni ada NGO yang cadangkan untuk menaikkan harga rokok sehingga mencecah RM30 hingga ke RM50. 


Tapi, aku tak taulah susulan cadangan tu macam mana. Ada orang tanya aku, kenapa kerajaan tak ban/haramkan je rokok tu kat Malaysia ni?, tak payah nak membazir duit buat program sana sini. Ok, hurm, jawapan yang paling ringkas ye adik. Kadar cukai yang dikenakan kepada bahan2 tembakau sangat tinggi di Malaysia ini dan ia juga diantara sumber ekonomi terbesar di Malaysia. OK?.

JOM FIKIR SEJENAK!

Seorang perokok tegar di Malaysia dikatakan membelanjakan duit beliau untuk mendapatkan rokok hampir RM15-25 sehari. Fuhhh!. 

Astaghafirullahalazim. Senang2 je deme2 ni dok bakar duit. Kerja separuh mati nak carik duit but then, dibakarnya balik duit tu. Logiknyalah kan, merokok tu dah memang sah lah membazir duit kan? haram pulak tu kan?, then?, korang makin sihat ke?, or rezeki melimpah ruah sebab korang merokok?.

Ok, nak lagi clear?. Harga minimum sekotak rokok adalah RM6.20 di Malaysiakan?, sekarang ni aku tak taulah sebab dengar citer dah dinaikkan lagi 70sen. Cuba korang bayangkan eh, bagi perokok biasa, diorang akan spent sekotak sehari but yang tegar2 tu maybe dalam 3 atau 4 kotak sehari. Jom kita buat pengiraan sikit.

Sekotak RM6.20 x Sebulan/30 Hari = RM186.00
RM186.00 x Setahun = RM2,232.00
RM2232.00 x 10 Tahun = RM22,320.00

RM22,320.00 / 10 TAHUN!
*TAK PAYAH WAT ASB BAGAI!

Ini bagi perokok yang biasa2, cukup 10tahun, cuba korang tengok nilai kasar yang korang spent. Dah boleh bawak parent korang pergi Haji ok?!.

Tak kira pulak yang tegar2 ni.

3 Kotak RM18.60 x Sebulan/30 Hari = RM558.00
RM558.00 x Setahun = RM6696.00
RM6696.00 x 10 Tahun (tu pon kalau tak mati lagi lah) = RM66,960.00

RM66,960.00 / 10 TAHUN!

Cuba bagitau aku, apa korang boleh buat dengan duit banyak tu?, dah boleh ambik kereta sebijik!.

Nasihat aku :

Daripada korang ambil sekotak rokok sehari, baik korang ambil sekotak susu dutch lady. Aku sure mesti ada yang geli. Tapi lantaklah, nak terima, ambik, tak nak, dah. Kalau sekotak susu DHL baru RM1.80. Lagi bagus kalau korang amalkan dua kotak sehari daripada korang amalkan sekotak rokok sehari. Tak rugi pun, malah inilah kiranya pelaburan korang untuk hari tua nanti agar kekal sihat. Dua kotak Susu Dutch Ladi ni je dah membekalkan korang 14g protein (banyak tu!). Untuk apa?, untuk membantu membina tisu dan penting untuk pertumbuhan badan. Selain tu, korang juga akan mendapat Kalsium yang cukup bagi membantu permbentukan tulang dan gigi yang kuat (tak lah kuning semacam sebabkan rokok). Lagi?, korang akan mendapat Vitamin B2 yang diperlukan untuk pembebasan tenaga yang diperolehi daripada karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan (taklah menggemukkan badan). Aku nak korang guna logik akal, mana yang lebih baik?, kalau ada yang cakap rokok, memang nak kena cepuk dengan aku!. HAHAHA. Oklah, malas nak bebel panjang, kalau korang berubah Alhamdulillah lah jugakkan?. Fikir2kanlah ye. Tak pun, duit yang korang spent untuk beli rokok tu ada faedahnya jugak kalau bagi orang tua korang kat kampung tu, berkatlah jugakkan?. Renung2kan dan selamat beramal ^^


p/s : aku tak tau nak komen apa tentang gambar ni. Tak habis sekolah kot mamat ni. -,-"


2 comments:

SofieyAzwa said...

Harap ayah berhenti isap rokok.. Haihh

Mr Cuddlenookumpoo said...

SofieyAzwaa : Nasihat elok2, ok lah nanti :D