Followers

Friday, May 20, 2011

Sumpah malu bile ingat!, Aisshhh~ -.-"

Note :
Bismillah.
Hari ini nak post something tentang perasaan malu.
Malu tahap dewa cipan.
Setiap kali kalau teringat mesti rasa macam nak mintak orang lalu tepi jalan sepak aku sekarang jugak.
Berlaku sewaktu diasrama satu ketika dahulu.
Ketika mengimamkan solat Maghrib.

*ni bukn terharu ye, ni adalah malu~~~

Selamat malam semua, hari ini tak ada post menarik sangat nak share, tapi aku rasa post yang ini pon mungkin interesting. kott lah :). Ceritanya ketika aku mengimamkan solat fardhu maghrib berjemaah di Masjid Pulau Melaka, dimana satu hall masjid penuh dengan pelajar, ustaz-ustazah, orang-orang awam termasuk tokoh yang aku hormati, Ayah Zik (YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) *saya tak tau lah samaada "awak" tu ada ke tak masa saya Imamkan tu. Nak jadikan cerita, semua benda berlaku dengan kebetulan. Kebetulan-kebetulannya adalah :

1. Aku solat disaf hadapan (belakang Imam)

2. Ayah Zik tak berapa sihat dan biasanya kalau dia tak sihat, dia takkan Imamkan solat. Apa yang dia lakukan adalah terus menuju ke saf makmum dan menolak orang sebelah menjadi Imam (dan itu adalah aku!!!...GOOOSSSHH!!!)

aku pun terus menoleh kebelakang dan terperasan Ustaz Ibrahim (Guru Tahfiz aku yang berasal dari mesir) menunjukkan isyarat tangan yang mungkin bermaksud :
1. Kalau tak sedap, siap kau

atau

2. Kalau ambil juzzuk Amma siap kau

atau

3. Baca ayat pendek, siap kau

atau yang terakhir

4. Lupa hafazan, siap kau

haisshhh, terpandang muka dia yang bulat berjambang dan menankutkan tu lagi membuatkan aku tak konfiden. Mula2 ingat nak buat trick kononnya batal air sembahyang, tapi bile tengok belakang orang sikit punya ramai, cancel!. So, mua'zin terus iqamah, dan bermulalah kisah hampess aku. Cehhh, masa rakaat pertama maintain je, al-fatihah dan separuh muka awal juzzuk al-baqarah. Then, masuk rakaat kedua, aku ttbe teringat muka ustaz arab aku yang agak bengis tu. Sudah!!!, apa yang berlaku, ketika membaca al-fatihah...aku terberhenti sampai di "iyya kana' budu wa iyya kanastain~", then terus terlupa al-fatihah!!!..giler ke tak namanya tu????, wahhhhh....tensyen siot masa tu, aku dah mula menggelaba, peluh dah mula berjurai2, last2 aku terdengar suara ayah zik (serak2 menyebut) "ihdinas siratol mustaqiiim~". Sumpah malu depan beliau. Disebabkan terlalu cuak bile teringat muka Ustaz Tahfiz aku tu, nak cover punya pasal, aku terus sambung dengan membaca sehelai setengah  dari ayat permulaan surah maryam. Memang tak patah kaki diorangkan?. Alhamdulillah, nasib baik tak sangkut. Then, lepas habis sembahyang, aku ingat ayah zik nak sound aku, tapi syukurlah, sampai sekarang aku masih ingat yang dia kata "bacaan anta bagus, bila kita sembahyang, anggap ia seperti kita sedang tekun berjihat dijalan Allah, yakinkan diri" (aku salam dia dan dia terus beredar ke rumah.). Korang bajet hidup aku dah selamat time tu?, hahahahaha. Sampai je dorm, budak2 ni dah mula menganjing aku...arggghh!!. Seminggu lekat kena menganjing. Malu2x~

p/s: jangan over confident ye -.-"

8 comments:

Anif Abdullah ® said...

haha..benda yang yang tak disangka2,kdang2 camtu la..lagi2,mengimamkan orang yang hebat..huu

mad khaz said...

hal ini membuktikan

manusia makhluk Allah yang boleh lupa :)

Mr Cuddlenookumpoo said...

Anif : camtulah, dah lah ilmu kita tak setanding dia, bila buat sikit salah, rasa kecil je diri ni :D
kena belajar lagi... :)

Mad Khaz: betul tu. setuju sgt2 :)

Mustab said...

gila..nik aziz yg suh ko jd imam?.hebat gak ko ni..hafal surah pnjg2..tabik spring la.

Mr Cuddlenookumpoo said...

Alahai cik panda. saya biasa je :D

anamizu said...

adeh TERlupe..hihi
makhluk allah x lepas dari alpa.. :P

NuSaNa NoSa 91 said...

hahahaha~ mmg malu.. nkw at camne.. btw, bila teringat muka ustaz tu, sure hilang khusyuk, kn?? =.="

p/s: dah follow kamU~ ^_^

Mr Cuddlenookumpoo said...

anamizu : betul tu, cuma apa yang penting kita sentiasa memohon keampunan ilahi

Nusana nosa : hahahha..betul tu...:D