Followers

Tuesday, May 17, 2011

Whatever happens, I can not deceive myself, I must help you.

Note:
Bismillah.
This entry is the only thing that I can lend for you.
consider this a sincere help from me. 
And I do not expect any reprisal from you. 
Just know that I still care about you.
I pray for your success.


Once again, I'm not gonna done this writing with language. I hope you will clear in what would I give you after this.

Baiklah, saya harap awak sentiasa sihat. Saya rasa terpanggil untuk membantu awak dalam memilih kos yang sesuai sebelum awak melanjutkan pelajaran. Saya rasa simpati dengan keputusan yang awak terima. Tapi tak apalah, maybe bukan rezeki awak kat situ. Sebelum apa2 pun, saya harap awak dah pun melengkapkan borang UPU untuk second intake. Mana taukan?, I'allah boleh dapat. Apa yang saya nak cakap, jangan kalah sebelum berjuang.

Apa yang perlu awak tahu, banyak cabang yang boleh awak ikut untuk sambung belajar ke IPTA. Antaranya, SPM, MATRIKULASI dan TINGKATAN 6 (STPM) mengikut kelayakan awak. Namun begitu, saya tau yang mungkin hanya tingkatan 6 sahaja yang mungkin relevan bagi awak, awak boleh cuba, saya rasa belum terlambat. Hanya melalui program Matrikulasi ataupun STPM (A's Level) sahaja yang boleh menyingkatkan perjalanan awak untuk sambung Degree (menjimatkan masa). Selain daripada tu, awak boleh mohon program diploma di IPTA mahupun IPTS. Ada baik buruknya disitu. Namun begitu, awak terpaksa membuat permohonan pinjaman pembelajaran daripada PTPTN tapi awak kena pastikan  awak dah berdaftar (dah ada akaun SSPN) bagi memudahkan urusan penjiman. Tapi, kalau parent mampu, saya rasa baik jangan mohon sebab masa degree nanti, awak kena mohon lagi pinjaman PTPTN tu. Bagi saya, saya tak galakkan awak ambil Diploma, sebab :

1. Awak mesti membuat pinjaman yang pastinya melebihi RM10k dan keatas disamping terpaksa menanggung interest yang tinggi(rasanya 4%) daripada jumlah pinjaman. Nanti, masa Degree, awak terpaksa buat pinjaman kali kedua. Kesannya, awak terpaksa menanggung hutang yang banyak masa kerja nanti. Takut nanti blacklist lagi susah. Melainkan, awak mendapat keputusan yang baik (DEAN's List/ Senarai Dekan) iaitu mendapat pointer 3.5 keatas, pinjaman itu akan menjadi Pembiayaan.

2. Mengambil masa yang agak lama. For sure 3tahun++. Bilanya awak nak sambung Degree?

Tapi, ada kebaikannya pulak kalau nak sambung Diploma ni, iaitu, sijil dia diperakui kalau nak sambung kerja. Tak macam sijil Matriks ataupun Tingkatan Enam. Terpulang pada awak untuk menentukan. Selain itu, awak juga boleh try semak kos yang bersesuaian dengan awak disamping mengikut standard kelayakan University yang awak pilih. Klik sini untuk semak kos apa yang sesuai dengan result awak. Saya ada dengar yang awak sekarang tengah tunggu Kuis. Jangan risau, I'allah mesti dapat. Pesanan saya, buat pilihan yang terbaik, tak kiralah kita belajar dimana, lama ke singkat ke, apa yang penting kesungguhan awak untuk belajar. Sekali awak dah ceburkan diri, jangan fikir untuk menoleh kebelakang, teruskan keazaman awak. Berdoalah kepada Allah. Setiap apa yang kita lalui takkan pernah sunyi daripada ujian daripada Allah s.w.t. Saya doakan awak agar berjaya dunia akhirat. I'allah.



Pesanan saya :
1. Jangan tinggal solat
2. Doa banyak2.
3. Buat Istikharah, Solat Sunnat Hajat. (Peluang tu bila2 masa Allah s.w.t boleh bagi, tapi kita yang sombong nak meninta padaNya)
4. Buat pilihan yang terbaik.



p/s : yang saya tau, untuk program diploma di UiTM, ada dua sesi intake, satu bulan 6 ni dan satu lagi bulan 12 nanti. Kalau awak berminat, jangan leka. Sentiasa update dengan berita2 kemasukan program diploma ni. Lagi, jangan lupa mohon SPA. I'allah, pun boleh dapat.

No comments: