Followers

Wednesday, June 1, 2011

Cabaran 7 Hari : 3rd Day

Note :
Bismillah.
Cabaran 7 Hari.
Hari ini third day saya.
Cabarannya adalah :

7 Perkara Yang Anda Tahu Tentang Diri Sendiri

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua. Hari ni adalah hari ketiga aku dengan cabaran "7 perkara yang aku tahu tentang diri sendiri". Hurm, bunyinya macam nak suruh aku ni angkat bakul sendiri, tapi kalau disudut positifnya, mungkin nak meningkatkan lagi keyakinan dan self-esteem aku yang rendah ni kot. So, kalau korang nak tau, aku ada banyak perkara yang aku rasa aku ada. Bukan nak berlagak tau. Tapi itulah yang aku rasa dan membuatkan aku gembira jadi diri aku. Perkara2nya adalah :

Fakta yang #1 : Saya seorang yang pembersih dan kemas!


Cakap pasal bersih, itu adalah keutamaan aku. Pantang aku kalau persekitaran tempat aku kotor dan berbau. Sampai ada member aku yang pelik. Diorang kata toilet bilik aku boleh buat tidur. Ha!, ni satu tips nak bagi, kalau nak tau orang tu pembersih ke tak, kita tengok dari toilet dia. Kalau bersih, sesungguhnya, dia memanglah pembersih orangnya. Bukan apa tau korang, kalau kita bersih, hidup kita pun sihat, hati pon tenang. Bak kata nenek moyang saya, biar duduk dekat setinggan sekali pun, biar rumah nak hancur sekali pun, kebersihan mesti dijaga. Ha!, well, kalau korang nak usha bilik aku kat UiTM tu camne, klik sini!.

Fakta yang #2 : Saya seorang yang sukakan perubahan yang drastik dan tak suka terhegeh-hegeh!



mesti korang tak faham kan?, hehehe. Kiranya, aku cepat bosan dengan suasana sekeliling, bukan orang ok?!. Aku sangat mudah untuk melakukan renovation terhadap apa sahaja termasuk blog, rumah, bilik dan macam2 lagi. HEHEHE. Mungkin nampak seperti sikap keperempuanan. Tapi nak buat macam mana?!. Itu aku anggap satu kurniaan daripada Allah s.w.t dan aku bersyukur sebab atleast aku tak tergolong dalam golongan lelaki yang bacul dan pemalas + ego!. Lagi satu, aku tak suka orang yang suka buat kerja terhegeh2 macam siput!. BENCI!

Fakta yang #3 : Saya sangat optimis dengan masa depan!


 
Ye betul!, aku sangat mementingkan masa depan diri. Setelah daripada apa yang aku lalui dan aku perhatikan, sangat mudah seseorang itu jatuh disebabkan kelalaian mereka tak kiralah dari aspek jasmani mahupun rohani. Aku tak nak terjerumus dalam kancah kegagalan. Impian aku adalah untuk memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat. Selain tu, aku juga akan pastikan masa depan anak2 dan keluarga aku satu hari nanti terjamin dan kerana itu aku perlu bermula membidik sasaran daripada sekarang.

Fakta yang #4 : Saya seorang yang perfectionist!



Siapa yang kenal aku, diorang akan tau aku macam mana. Sikap perfectionist aku ni amat melampau ok?. Sehinggakan perkara kecil seperti mengunci pintu pun aku kena pastikan semuanya perfect. Memang agak annoying. Tapi itu aku?. Takkan aku nak hipokrit kan?. Start dari hujung rambut sampai hujung kaki, segala perkara, assignment ke, ape ke, aku tetap kena pastikan semuanya perfect!.

Fakta yang #5 : Saya seorang yang bengis, panas baran dan cepat touching atau sensetif!



Wah, tengok belog berbintang2 bagaikan dalam hati ada taman. Tapi, aku memang mudah bengis, dan sangat pemarah. Sorry to say, aku pernah baling bangku kayu sekolah kat member aku sampai dapat 3 jahitan. HAHAHA. Sapa suruh kacau akukan?, takkan aku nak campak kerusi sebab kau sopan santun dengan aku?, gile ape?. Dan, mungkin sesetangah orang tahu yang aku memang sensitif. Hati ni memang cepat sentap walaupun perkara tu cuma miscommunication. Sentap2 aku pun, aku tak pernah tunjuk kat orang tau. Bagi aku, biar aku menangis sendiri daripada aku tunjukkan kesedihan tu depan orang. Macam nak mintak simpati pulak kan?. Tak kisahlah. Itu aku dan aku ok dengan apa yang aku lakukan.

Fakta yang #6 : Saya agak cepat rasa simpati (caring) dan sukar nak berdendam!
 
 
Aku memang tak boleh tengok orang dalam kesusahan. Senang ceritalah, even kucing kurap tepi jalan yang kelaparan pun aku mudah untuk rasa simpati inikan pulak orangkan?. Pastu, aku jenis yang tak reti nak balas dendam kat orang walaupun orang tu dah buat taik kat aku. Kadang2 rasa geram pulak kenapa aku ni tak boleh nak dendam lama2 sikit sebab bila 2 atau 3 jam, atau 10minit pun aku dah hilang rasa dendam. Hurm, tu sebab diorang boleh pijak2 kepala aku but!, ingat sikit, sekali kepala aku kena pijak, sampai mati aku pijak balik kepala diorang!. HAHAHA.

Fakta yang #7: Aku sangat mudah untuk influence orang dan sangat sukakan kemenangan!


HA!, hati2 ok, sebab aku ni sangat senang nak influence orang. Itu mungkin kelebihan yang Allah taala bagi. Bukan apa, memang dari dulu aku memang dah detect yang aku ni suka mindset orang untuk duduk dipihak aku. Pelik tak?. Sebagai contoh, aku dulu pernah jadi President Pustakawan. Padahal pada tahun yang sama, aku baru je diserap menjadi pelapis pustakawan (belum ada pangkat apa2), tak sampai sebulan, aku dah duduk kat jawatan paling tinggi padahal ade je pustakawan yang dah lama giler jadi kuli kat perpustakaan tu. Lagi, aku memang pantang dicabar!, walau apa cara sekali pun, aku tetap nak menang walaupun agak banyak benda yang kantoi. HAHAHAHAHA. Tapi alhamdulillah, setakat ni tak de pun benda jahat yang aku buat. Tu sebab aku rasa ambil Law ni memang suit dengan kelebihan aku.


So, nilah ciri2 yang aku rasa ada pada diri aku. Mungkin sesetangah dari pembaca akan cakap, "bajet seyh mamat ni", atau kalau ada nyah2 yang baca "amboi!, tak kuasa mak!, Chooyyy!~". HAHAHAA (aku tau benda tu semua sebab budak perempuan kelas aku suka berborak sesama diorang guna slank tu). Ok lah, rasanya dah complete task aku untuk hari yang ketiga walaupun agak lambat nak publish. Hope korang enjoy mengenali aku :D

Kalau korang nak tengok cabaran2 sebelum ni, kliklah mana2 yang korang suka kat bawah ni.

No comments: