Followers

Saturday, June 4, 2011

Cabaran 7 Hari : 6th Day

Note :
Bismillah.
Cabaran 7 Hari.
Alhamdulillah, hari ini 6th day saya.
Cabarannya :

4 Keajaiban yang pernah berlaku pada diri sendiri

Selamat pagi semua, hari ini hari yang keenam aku join cabaran ni. Rasa sekejap jekan?, hurm. Jadi, topiknya 4 keajaiban yang pernah berlaku pada diri sendiri. Cakap pasal keajaiban, tak ada pun sangat sebab kita sepatutnya tak payahlah sangat nak cakap pasal keajaiban2 segala. Sebab apa?, sebab semua perkara yang berlaku tu adalah takdir Allah. Semua atas ketentuanNya untuk berikan apa2 sahaja, baik atau buruk, terhadap kita. So, nak kongsi 4 Keajaiban/rahmat kurniaan Allah s.w.t berikan kepada diri aku.

#1 RESULT PMR DAN SPM YANG CEMERLANG

Hurm, ni bukan nak angkat bakul sendiri ok?, nilah namanya rezeki. Jalan yang aku tempuh sebelum menduduki dua2 peperiksaan besar ni bukan seperti mana pelajar2 biasa bertarung untuk mendapatkan result yang cemerlang. Jalan dan cara aku belajar betul lain. Lain macam mana?, aku start dari form 1, memang langsung tak belajar Akedemik, jangan kata Math, Bahasa Melayu pun aku tak belajar, boleh dikatakan semua subjek2 peperiksaan aku tak belajar. Kenapa ek?, ok, aku start dari form 1, aku fokus pada aliran tahfiz al-quran sampai aku habis, iaitu pada form 2. Jadi, masa form 3 aku decide nak ambil PMR sebab rasa tercabarlah pulak tak ada sijil PMR. HEHE, lagipun aku dah habis hafal al-quran. Ada kawan2 aku cakap, jangan ambil risiko man, ko dah lah tak ada basic apa2 pun, pastu ko nak ambil periksa tu. Aku tak putus semangat!, dalam hati aku cakap, belum cuba belum tau. Macam tu jugak berlaku pada SPM. Aku sikit pun tak belajar matapelajaran Form 4 sebab aku ambil peperiksaan SMU. But then, aku beranikan diri untuk ambil SPM dalam elektif Sains Tulen Lagi. HAHAHA. Alhamdulillah, aku berjaya buktikan yang aku mampu cemerlang bagi kedua2 peperiksaan besar tu. Itu aku anggap rezeki yang Allah s.w.t berikan pada aku. ^^

#2 DITERIMA MENYERTAI PROGRAM ASASI

Hurm, mungkin ramai yang akan kata, apa lah sangat asasi ni. Yang tu aku tak kesahlah. Yang penting aku bersyukur sebab aku mendapat tempat untuk menyertainya. Dulu masa form 5, semua student mengharapkan yang mereka boleh menyertai program Asasi ni sebab bukan senang pun masukkan?. Cikgu2 semua sibuk bercakap pasal asasi ni. Walhal, masa aku form 5 dulu, sikit pun tak mengharap dan tak berminat nak sibuk kejar Asasi ni sebab masa tu aku pikir, "ala, bukannya aku dapat masuk pun, kompem2 tak layak!". Malas nak menaruh harapan, takut nanti hampa. Setelah result keluar, aku sendiri terkejut yang aku ditawarkan mengikuti Program Asasi di UiTM. Maknanya, batch aku masa tu, cuma tiga orang je yang dapat termasuk aku. Syukur Alhamdulillah.

#3 REZEKI YANG TAK HENTI2

Cakap pasal rezeki yang tak putus2 ni bukan nak cerita yang aku ni kuat amal ibadah or what. Aku sendiri pun tak taulah, rezeki aku alhamdulillah, walaupun dah pokai tahap gaban, mesti ada rezeki yang akan datang. Mungkin ramai yang nak tanya, macam mana nak pastikan rezeki tak putus2?. Aku just ada jawapan yang simple, nampak mudah tapi sebenarnya ramai orang yang tak mampu nak buat. Apa?, ok, sedikit atau banyak duit yang kita dapat, jangan pernah ralat/galat nak berikan kepada orang tua kita. Jangan sampai mereka meminta2. Alaun KPT aku taklah banyak pun, adalah dalam RM1k, duit tulah yang aku guna untuk survive sepanjang sem. Nak kata cukup, memang tak cukupkan?, tapi kita jangan pikir tak cukup sebab kalau kita pikir camtu, mesti tetap akan tak cukup. So, apa yang korang harus buat, walaupun duit korang ada RM50, walaupun RM10, berilah kepada orang tua korang, I'allah, berkat. Anggaplah duit tu korang melabur saham korang di akhirat kelak. ^^,

#4 MUDAH DITERIMA

Cakap pasal penerimaan ni, bukan semua benda atau perkara yang orang mungkin dapat terima. Bagi aku, aku bersyukur kehadrat ilahi, sebab berikan aku kemudahan atau kesenangan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Alhamdulillah, setakat ni, semua orang yang kenal aku, diorang ikhlas menerima aku. Berkawan biarlah seribu, bercinta biar satu dan kekal abadi :) 

Ok, dah complete task ke 6. Yeay!. Kalau korang nak ushar cabaran2 sebelum ni, klik lah mana2 link yang korang nak ok.  ^^

Maklumat Cabaran, Cabaran 1, Cabaran 2, Cabaran 3, Cabaran 4,  dan Cabaran 5

1 comment:

Nur Syahida said...

rezeki awk murah...teruskan usaha yaa