Followers

Wednesday, June 29, 2011

Dimanakah tempatku disisimu ya Allah!

Note :
Bismillah.
Entri ini adalah doaku padaMu ya Allah.
Doa dari hambaMu yang kecil lagi hina.
Yang masih kehausan mencari hidayah dan kerahmatanMu 
Dibawah terik mentari dosa yang menyelumbungi diri.
Walaupun tulisan ini hanya debu yang ditenggelami lautan pepasir.
Ku masih mahu merafa'kan syukurku padaMu ya Allah.
Sesungguhnya kau Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mendengar.


Seketika, minda aku teralih, seolah-olah ada yang cuba mengalihkan perhatian aku. Dan tatkala aku terkesima, aku terpandang visual khalayan yang mengimbau sebenak dosa, dosa yang tinggi nun mengunung. Tersentak apabila terbayangkan bagaimanakah keadaannya nanti, apabila saat kaki kanan aku memulakan langkah diatas satu titian sambil memikul segala dosa dan khilaf yang hanya dapat dilihat mengunakan kekuatan Iman. Tergelincirkah aku ya Rabbi?. Disaat tersungkur di titian itu, hanya kelihatan lautan api yang panas membakar. Aku takut ya Allah, Aku takut. Ampunilah dosa hambamu yang hina lagi keji ini. Hanya keampunan darimu mampu menghenti air mata yang sekian banyak mencurah diatas bumi yang fana' ini. Amin ya Rabbal A'lamin.

No comments: