Followers

Thursday, September 29, 2011

Iman's Voice : Farewell UiTM Kuantan (Special for Lecturers)

Note :
Bismillah.
Goodbye UiTM Kuantan.
Thanks for everything.

Assalamualaikum w.b.t, tak sangka, pada hari ini, saya diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menulis sesuatu dalam blog yang agak lama saya tidak menjengguk. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat ilahi kerana segala rintangan dan ujian yang saya alami selama hampir setahun setengah di UiTM Kuantan sudah berakhir. Pertama-tama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan pensyarah yang bertungkus lumus mengajar saya daripada sehelai kertas kosong sehingga menjadi corak yang begitu indah. Hanya Allah s.w.t sahajalah yang mampu membalas jasa kalian semua. Saya berbesar hati untuk berkongsi bersama pembaca pensyarah2 yang banyak membantu saya selama saya berada di asasi.

Sir Ikmal b Hisham


Beliau mengajar saya pada semester 1 & 2 bagi subject Introduction to Law 1 and Introduction to Law 2. Walaupun beliau agak garang (saya suka!, sebab itu saja caranya untuk buat saya betul2 faham apa yang beliau cuba sampaikan), tapi dia diantara lecturer yang paling saya sayang dan hormat. Cara beliau mengejar sangat berkesan. Boleh dikatakan apa yang beliau ajar, itu yang saya akan faham. Beliau tidak pernah condemn pandangan student dalam satu2 problem, malah, beliau banyak membantu dalam meng-improved diri dari melakukan kesilapan. Sejujurnya, saya banyak terhutang budi dengan beliau. Terima kasih sir dengan segala apa ilmu yang telah sir sampaikan pada saya. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala jasa yang telah sir taburkan.

Sir Farid Huzaimi


Beliau mengajar saya ketika sem 1 & 2 bagi subject Malaysia Politics and Government & Library Information Skills. Beliau merupakan seorang lecturer yang sangat understanding, mudah didekati, boleh dikatakan, kalau setakat nak mintak advise tu memang sesuailah jumpa dia. Dalam pembelajaran, saya sangat suka cara beliau yang cuba macam2 cara untuk memastikan semua student faham (kadang2 tu I admitted that he look really cute and funny). Alhamdulillah, berkat kesungguhan dia mengajar kami dengan sangat teliti, saya sangat faham dengan apa yang beliau cuba sampaikan (mana taknya, dapat carrymark paling tinggi masa sem satu, thanks sir!). Hence, beliau sangat mengambil berat tentang student2 lebih-lebih lagi masa ada program lex festa. Dialah antara lecturer yang paling bertungkus lumus untuk makesure program tu berjalan lancar. Dengar cerita, beliau sekarang sedang mengambil master, apa2 pun saya mendoakan yang terbaik untuk sir. Semoga Allah s.w.t sentiasa membantu dalam apa jua ujian yang sir terima. Sayang sir!

"Jangan mengalah sebelum berperang" - Sir Farid

Sir Syahril Ibrahim


Beliau mengajar saya ketika sem 2 dan 3. Masa sem 2 tu beliau hanya replace madam shatrah yang baru lepas bersalin. Beliau mengajar subject Psychology and Contemporary Global Issues. Dua2 tu saya berani cakap subject yang agak tough. Sir Syahril ni sangat simple dan bergaya orangnya. Cara beliau mengajar sangat menitik beratkan kefahaman dikalangan student. Alhamdulillah, segala apa ilmu yang diberikan, saya dapat menerima dengan baik. Kadang2 tu takut jugak bila mood dia di-spoil-kan oleh classmate yang agak menyengal time uh (kadang2 aku pon ter-join). Tapi, apa pun beliau sangat cool orangnya. Beliau banyak membantu dalam saat2 akhir nak final. Apa2 pun saya doakan sir semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Thanks sir!

Sir Hiu Luang Peng


Beliau mengajar saya dari sem 2 hingga sem 3 bagi subject Preparatory to MUET and English for pre-Law 1. Sir Hiu sangat happening orangnya. Nampak macam garang tapi beliau sangat peramah dan kelakar orangnya. Ada banyak perkara yang saya suka tentang sir Hiu, salah satunya, sikap beliau yang sangat suka mendalami dalam satu2 isu. Jangan kata isu2 semasa, pasal agama Islam pun banyak yang dia ambil tau. Sir Hiu banyak membantu dalam meng-improved english saya. Jasa beliau sangat besar, kalau bukan dari tunjuk ajar dia tak mungkin rasanya untuk dapat jawab MUET mengikut format yang betul (walaupun still tak achieve band4). Thanks a lot sir.

"kalau nak berjaya hidup mesti kena kejam" - Sir Hiu

Sir AMAS (Mazlan)

Maaflah, gambar tak dijumpai. Beliau mengajar saya masa sem 3 ni bagi subject Economy. Not much about him I can wrote since I just know him lately, cuma, beliau ni tegas orangnya, sangat berdisiplin. Beliau juga sangat bertanggungjawab dalam memastikan anak didiknya betul2 memahami apa yang diajar. Saya doakan sir semaga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin.

Miss Juhaida Ismail


Beliau mengajar saya masa sem 1 bagi subject Discovering Computers Fundamental. Beliau jugak diantara lecturer yang sangat saya sayang dan saya hormati. Seriusly, saya sangat suka attend kelas Miss Jue ni, bagi saya, orang yang tak ada perasaan je yang mungkin nak ponteng kelas miss jue. Beliau sangat kreatif dalam mengajar, tak pernah walau sikit pon mengantuk dalam kelas CSCnya. Plus, beliau sangat berusaha untuk makesure student2nya faham apa yang diajar. Ingat lagi, dulu, masa test, dia ada kata, "kalau salah seorang dari kamu dapat fullmark, saya akan belanja Dunkin Doughnut". Masa tu atikah yang dapat full mark (tapi most students tak ada yang salah lebih dari 3 pon masa tu, so average jugaklah ^^), then, merasalah kitorang makan DD masa tu. Terfikir jugak, kalaulah setiap group miss jue buat macam tu.....banyak tu spent duit! (tapi, itulah, dia nak student dia faham yang berusaha tu penting untuk berjaya, sedih sangat! :'(. That's why saya buktikan yang subject Miss Jue ni saya mampu bagi beliau A++++++++. Hehehe. Masa akhir sem satu, sedih sangat bila dpat tau yang Miss Jue dah tak mengajar lagi, tibe2 rasa macam nak saje2 repeatkan paper dia. HAHAHA. bukan apa, saya betul2 jatuh hati dengan kelas beliau. Thank you very much Miss Jue!, banyak jasa miss jue pada saya and kawan2. Saya doakan miss Jue supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin~

Madam Nurma (Anne)


 Beliau mengajar saya ketika semester pertama bagi subject English BEL120. Madam N sangat peramah, funny, dan sometimes garang. Tapi, masa sem satu, kelas dia merupakan kelas yang sangat saya nantikan. Beliau sangat best dan tak tau lah, ada attraction untuk student attend dia punya class. Walaupun sem 2 dan sem 3 dah tak mengajar, tapi beliau masih rapat dengan kiteorang. Miss u a lot Madam Anne! :')

Madam Zuriani Yaacob (Ju)


Beliau mengajar saya ketika semester pertama jugak bagi subject yang sama dengan Madam Anne tadi iaitu BEL120. Madam Ju ni sangat creative dalam mengajar, suka sangat!. Cara dia mengajar lebih kurang sama macam madam N, ingat lagi, setiap kali nak practice listening, mesti kena isi tempat kosong dalam lirik lagu sambil dengar music. Bestkan?. Lepas habis sem satu, sangat mengharap Madam Ju and Madam N mengajar lagi untuk sem 2, tapi malangnya, tak pon. Masa tu sedih sangat. Miss u a lot Madam Ju! :'(

Madam Nurhasyimah


Beliau mengajar saya ketika sem satu juga bagi subject English BEL130. Beliau sangaat BEST!!!!!!!, Ha!, tak ada apa yang dapat nak luahkan tentang ke-Best-an kelas dia. Bagi saya siapa yang ponteng kelas dia memang "tut" lah. Beliau sangat kreatif dalam mengajar. Then, apa yang penting, kalau beliau buat kek, pergh!, sumpah sedap. Ingat lagi masa sem satu, dia pernah bawa brownies coklat. Sumpah sedap!. Madam, sejujurnya, banyak jasa madam buat saya, hanya Allah s.w.t jelah yang mampu membalas segala2nya. Saya sangat sayang pada madam, tak sangka dapat jumpa sekejap masa sem 3, tu pon tak sempat nak bercakap apa2. Apa2 pun saya doakan madam supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan akhirat.

*beliau juga blogger otai tau tak?!. sila lah blogwalking ke blog beliau. www.syima.com :)


Madam Norbaiyah (Bai)


Beliau mengajar saya ketika sem 2 dan sem 3 bagi subject English for Critical Thinking and English for pre-Law 2. Beliau merupakan lecturer yang paling saya sayang. Character-nya yang sangat ke-ibua2-an, peramah, mudah tersenyum sangat membuatkan saya sebak apabila terpaksa berpisah dengan beliau. Apa-apa pun, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk madam semoga dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan juga akhirat. Salam sayang dari saya buat Madam. Miss u a lot Madam :'(

Miss Azian

Maaf, tiada gambar. Beliau mengajar saya ketika semester kedua bagi subject Library Information Skill. Beliau sangat baik orangnya dan mudah tersenyum walaupun tengah marah tapi jarang sangat nak nampak dia marah. Beliau sangat risau jika student2nya tak faham apa yang cuba diterangkan terutamanya ketika belajar citation MLA & APA. Apa2 pun saya doakan Miss semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan diakhirat. Aminn~

Madam Shatrah (Shat)


Beliau mengajar saya ketika semester kedua bagi subjek Psychology. Dia diantara lecturer yang paling saya sayang dan hormat. Suka dengan gaya dia mengajar, diselitkan dengan lakonan2 yang agak kelakar. Seriusly, kalau ingat semua tu, memang akan menangis suddenly. Walaupun Madam sempat mengajar sekejap je, tapi ilmu yang dicurahkan tu tetap saya hargai. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa Madam. Saya sentiasa mendoakan agar Madam sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan diakhirat. Amin~

Madam Farah Haneem (Farah)


Beliau mengajar saya ketika semester ketiga bagi subject Introduction to Law 3 (Contract, Tort and Criminal). Tiada niat untuk "bias", tapi sejujurnya, beliau merupakan lecturer yang paling dan paling saya sayang dan hormati di UiTM Kuantan. Beliau banyak memberikan saya kekuatan dengan nasihat dan motivasi. Dia adalah sumber inspirasi saya!. Dia banyak mengajar saya apa erti hidup yang sebenar. Saya takkan pernah lupa satu pun nasihat beliau pada saya. Saya tak pernah rasa sekuat ini setelah banyak ujian yang Allah s.w.t berikan hasil dari tunjuk ajar, dan semangat yang beliau berikan. Sejujurnya, kehilangan dia akan memberikan satu impak yang besar dalam hidup saya. Saya takut kehilangan dia. Madam, terima kasih sebab sudi menjadi lecturer yang terbaik buat saya, halalkan segala makan minum, ilmu  dan segala usaha madam dalam membantu saya menjadi diri sendiri. Walaupun kita berjauhan, saya takkan pernah lupakan segala nasihat yang madam berikan. Saya sayangkan madam. Saya doakan madam agar sentiasa dimurahkan rezeki, di limpahi rahmat, dan berjaya didunia dan diakhirat. Saya akan sentiasa merindui madam. Terima kasih untuk semuanya madam :'(. Salam sayang dari saya.

"Take the challenge, enjoy the difficulties" & "There are no meaning of life without colour of challenge" - Madam Farah :')

Terima kasih kepada semua lecturer kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya, tiada apa yang mampu saya balas melainkan doa buat semua, salam sayang daripada saya buat semua pensyarah di UiTM Kuantan.

much love xoxo.


1 comment:

simanis said...

Hai Iman...Very nice entry...
Wish you all the best Iman...
Will be missing you so much!

Keep in touch!