Followers

Thursday, February 16, 2012

Apa semua ni?


Assalamualaikum w.b.t (hola), selamat malam semua, aku serabut sebenarnya. Banyak benda yang aku asyik fikir sejak akhir2 ni. Tinggal 2 minggu lagi sebelum aku dah mulakan sem baru. Sem baru sebagai pelajar baru. Tapi, satu benda pun aku tak prepare. Dari segi fizikal, mental dan emosi. Apa yang buat aku lagi pening, bila UiTM announced student sem 1 degree tak dapat kemudahan kolej. Maknanya, dia suruh aku duduk luar. Siswi dapat pulak. Pelik. Aku dah buntu nak cari rumah kat mana, sudahlah aku ni langsung tak setelkan barang2 yang nak bawa ke sana. Takkan aku nak jadi tunggul dengan luggage yang macam nak pergi Haji duduk depan pintu UiTM. Sengal ar. Then, aku agak sedih bila dapat tau yang bff aku macam nak-tak-nak untuk stay dengan aku. Kos berbeza?, macam group aku ni semua sama koslah?. Entahlah, aku pikir, bila dapat stay sama2 kuranglah sikit sewa rumah nak bayar. Lagi pun, selesa bila duduk dengan orang yang kita dah lama kenal kan?.Tapi, kalau macam ni, mula lah aku nak buang semua benda yang berkecamuk dalam otak ni. "Second Me" kata pedulikan lah diorang nak stay mana, bukan diorang ingat kau pun, yang penting kau belajar, diorang tu sikit pun tak jejaskan hidup kau. Ibu kata, tak payah cari rumah sewa ni semua, stay je rumah alang kat Shah Alam tu, boleh temankan dia. Masalahnya pulak, aku tak mungkin nak tinggalkan kembar aku dua orang tu. Nasib baik diorang ada. Well, suasana awal degree ni banyak mengajar aku mengenal orang. Dulu berjanji bukan main, tapi sekarang banyak pulak alasan. Eh!, seriously, lepas ni, aku akan lebihkan diri aku daripada orang lain, maybe itu yang diorang nak. Kalau aku nak kecik hati pun, aku kecik hati dengan diri sendiri lagi bagus. Syukurlah ada dua tiga orang member aku yang lain yang sudi nak stay sama2. Sekarang ni aku cuma nak fikirkan dapat ke tak rumah sewa, sebab tu jelah rumah yang paling murah so far yang aku jumpa. SERABUT LAH GILE!

sedih gila!

1 comment:

Anonymous said...

Sabar yea, biasalah tu, mula2 mereka reject wak, last2 mereka datang balik. percayalah. ramai kawan akak macam tu dulu. sabar k? :)