Followers

Friday, February 3, 2012

Dunia Baru.

Note :
Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

rasanya dah lama aku tak update blog. dah lama aku tunggu masa2 yang sesuai untuk update, alhamdulillah, masih diberikan peluang dan masa olehNya. tak banyak yang aku nak kongsikan, cuma, baru2 ni, result penerapan ke program ijazah uitm telah dikeluarkan. dah bukan takdir aku dapat sambung undang-undang disebabkan muet aku yang still tak acheive2 band 4, bila cakap pasal muet, terkilan pulak aku rasa, last aku ambil muet dekat kelantan, dan keputusan dia seriusly mengejutkan aku. sejarah keputusan terburuk yang pernah aku dapat. dan aku rasa macam tu bukan keputusan aku. band 2 (macam budak baru belajar BI). tolonglah, bukan nak belagak. cuma agak sedih kalau keputusan ni keluar disebabkan kelalaian pihak MPM. ayah ngan ibu sibuk suruh aku re-check result tu, tapi, aku dah give-up, dan dah mungkin takdir aku bukan dengan law, aku sangat percaya pada qada' dan qadar, pasti ada hikmah. So, sekarang ni, alhamdulillah, aku telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UiTM dalam jurusan Pentadbiran Koporat.

Well, tipulah kalau aku tak jelous bila tengok member2 yang lain dapat sambung law, hati aku hancur bila baca status2 diorang yang gembira dapat sambung BLS, rasa macam aku nak tukar kampus je, so aku tak payah nak hadap muka diorang semua. Tapi!, aku lawan perasan buruk aku, then aku tumpang gembira atas kejayaan mereka. bagi aku, apa yang aku dapat, aku akan usahakan yang terbaik. I'allah, azam baru pun aku dah tanam dalam2. semoga Allah s.w.t tetapkan pendirian aku. selain tu, aku pun ada mohon UPU tapi lambat sikitlah result, katanya bulan 9. itu backup plan aku. let say, kalau kos yang aku terima dari uitm ni aku boleh bawak dengan jayanya, aku akan stick with that course, but then, kalau rasa macam huru hara je, aku mungkin terima apa2 tawaran yang dapat dari UPU tadi.

kalau korang tengok pilihan kos aku, mungkin nanti korang akan tau betapa mintanya aku nak sambung law. oklah, rasanya, tu je yang aku nak share ngan korang. so, wish me luck guys, I'allah, i'll do my best in degree :).


*jap, aku nak ucap thanks kat Izzat Muhaimin sebab sudi jadi kaunter pertanyaan aku . al-maklumlah, ketua JPK kot masa kat kampus kuantan dulu :P.

pssstt : i got my blog renovated :P

4 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ape2 pon ko telah berjaya sampaike peringkat yang leh membanggakan.. tahniah k...

Yasmin Khairani said...

try mintak law ukm. ukm nak band 3 je at least rasanya. tapi BI masa spm kena A. if i'm not mistaken la.

do not give up. try mohon terus ke ukm. boleh rasanya. all the best bro! :D

@ Syima Raaif @ said...

kalau rasa tak boleh bawak..tungu result upu je..tapi kalau sy..sy syg uitm da la murah hehehe btw congrats dpt smbng degree uitm..i baru apply aritu..part6 dip. tak hbis lagi..

syaiful aidil said...

gud luck iman. insyaAllah, Allah bg yg terbaik utk kita. :)