Followers

Friday, February 24, 2012

I Love You Abang


Assalamualaikum semua. Pagi ini tak sangka menjadi pagi paling sedih bagi aku bila aku menyedari abang (kucing) dah mati. Pagi-pagi lagi ayah dah panggil semua kucing aku makan. Setiap kali nak kasi diorang makan mesti ayah jerit "abbaaaannnnnnggggggg", semua akan berlari kearah ayah. Abang yang selalunya sampai dulu. Tapi tadi, abang tak ada. Mula2 ingatkan dia berjalan tah kemana, so biar je lah. Lepas tu, pagi tadi, masa aku balik dari beli sarapan, aku terperasan ada sekor kucing yang separuh hancur atas jalan raya. Hati aku dah mula tak sedap. Akhirnya aku terperasan rantai loceng abang warna merah dari jauh. Menggigil badan aku tengok badan abang yang separuh hancur. Tak dapat aku nak luah kan apa2, aku cuma panggil ayah dgn ibu. Aku tak tau lah nak cakap apa, abang kucing yang baik. Kucing yang paling aku sayang. Dia faham kalau kita panggil dia, marah dia. Dia tau nama dia abang, sebab setiap kali aku panggil abang mesti dia datang. Apa yang buatkan aku sedih, dia manja, dia suka tidur atas tempat2 empuk, sambil terbalikkan badan dia keatas. 


Abang kucing yang baik, lagi perangai dia yang buat aku terlampau sayangkan dia, dia sangat sayangkan adik2 dia. Molly (mak abang and adik2 dia) tak berapa nak hiraukan sangat anak2 dia, selalu je menghilang. Nasib baik ada abang, abanglah yang selalu mandikan adik2 dia, tidurkan adik2 dia. Abang tak pernah rebut makanan dengan adik2 dia walaupun aku tau yang dia tak pernah kenyang kalau makan, tu sebab dia gemuk. Abang kucing yang bijak, dia tau kalau aku pergi dapur and bukak freezer, mesti dia ikut apa yang aku buat.


Tu yang buat aku selalu tergelak bila tengok gelagat dia. Kalau petang2  aku lepak dgn ibu dekat depan, dia mesti join. Tak kira lah orang tgh sapu sampah ke, tanam bunga ke, mesti dia ada, sebab mungkin dia curious kenapa ramai sangat orang berkumpul. Selalunya dia mesti bawak adik2 dia.


Aku dah mula rindukan abang. Kesian aku tengok adik2 dia. Mesti tercari2 mana abang kesayangan dia. Aku ralat sangat abang dah mati, padahal baru je luka dia sembuh. Aku kalau jumpa orang yang langgar dia, sumpah aku nak tumbuk2 muka orang tu sampai MAMPOS!. bodoh betul!. Bila aku teringat nama pelik2 yang aku selalu panggil dia macam, "kura-kura" , "abang ralat" , "kipas raku2" (sebab ekor dia kembang), mesti sedih gila!. Abang kenapalah kau main tepi jalan!. Aduisshh!. Dah tak ada lagi dah baka yang macam kau. Walaupun aku cukup takut tengok darah, daging2 bersepai ni, aku kuatkan jugak semangat nak angkat bangkai dia dan tanam. Sebab aku tak sanggup tengok bangkai di terus kena lenyik lori dengan kereta. Abang kucing yang baik, cerdik, dan manja.



 Tengok, dia sayang adik dia kan? :'(


Tak kisah pon kalau jadi bahan mainan anak2 sedara aku bila balik. Tu sebab aku sayang dia sangat2 :'(. Bye2 abang. Aku rindu kau!

 nilah gambar abang masa baby dulu ;'(

much love for my little abang
xoxo

2 comments:

Errah said...

sedih nyer..akak ni penggeli kucing tp akak ttp suka tgok kucing yg comel ni

e'ka zulaikha said...

hmm..mmg sedih bila apa-apa yang kita sayang lenyap dalam sekelip mata..tu mengingatkan kita tak ada apa-apa yg kekal dalam dunia ni :(