Followers

Monday, February 6, 2012

Sunyi Lagi

Note :
Bismillah.
Assalamualaikum.

Esok, tiada lagi kedengaran suara2 mereka. cuti telah dipenghujungnya. dua hari yang lepas, sempat singgah melawat syima dengan keluarganya. Geram aku dengan si Puteri Qalesya, muka dia yang comel + slumber dia membuat aku rindu sangat2 kat dia. Esoknya, fitri balik ke Kelantan, balik pondok katanya. Aku sangat bersyukur, banyak perkara yang dia dah berubah. Dia dah mula hormat aku sebagai abang yang lebih tua darinya. Itulah pentingnya agama pada masa kini. Walaupun dia jauh ditinggalkan oleh dunia pendidikan dunia, sekurang-kurangnya, dia ada bekalan ilmu untuk dibawa ke akhirat kelak. Petang tadi, angah pulak balik. Tentunya aku amat merindui suara anak buah aku. Abang (Fatih Kausar) dan adik (Puteri Insyirah). Boleh dikatakan, aku terhibur dengan telatah si comel aku dua orang ni. Bila dia balik, sangat terasa sunyi. Rindu nak tengok adik berjoget dengan tarian flatnya apabila dinyanyikan lagu ABC. HAHA. Esok, giliran uda and kaklong balik. apa yang paling aku rindu nanti adalah apeeq ayan (Rafiq Rayyan) a.k.a RR the happy baby. Ermmm...bila lah diorang dapat cuti lagi.

1 comment:

Fizz Zoule said...

kehidupan bekeluarga indah kan?? kadang mungkin kita rasa marah.. tapi bila diorg tak delagi terasa tau..