Followers

Wednesday, March 7, 2012

Bachelor of Corporate Administration (Hons)

Assalamualaikum semua, dah lama rasanya tak update blog aku yang ala2 diari ni. Maklumlah, kebelakangan ni sibuk menguruskan pelbagai perkara yang menjadikan aku sekarang ini sebagai seorang siswa semula setelah hampir setegah tahun aku bercuti. Hari Jumaat minggu lepas, aku bertolak dari Segamat ke Kuala Lumpur, dengan kereta yang hampir penuh dengan barang2 aku. Macam nak pergi haji pon ye. Sedih rasanya tinggalkan rumah, lebih2 lagi tinggalkan ibu dengan ayah berdua kat rumah tu. Apa boleh buat, aku kena teruskan usaha aku demi masa depan. Hari Isnin, dua hari lepas, selesai pendaftaran aku di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) di Shah Alam. Syukurlah segalanya berjalan lancar walaupun aku terpaksa duduk dekat luar dalam keadaan kos yang serba serbi tinggi. Walau  macam mana pun, aku hanya mampu bersyukur kerana aku masih lagi dapat belajar, Alhamdulillah :)

No comments: