Followers

Tuesday, March 13, 2012

Sebak

Assalamualaikum, selamat pagi semua, mata aku masih berat untuk tidur. Sejak akhir2 ni, aku kerap teringat dekat ibu dan ayah dirumah. Aku dapat merasakan kesunyian mereka. Lebih2 lagi bila ibu kata dia kerap menangis sebab rindukan aku. Dalam ketika yang sama, aku pun merasakan kesunyian itu, aku sangat rindukan ibu. Kadang2 mata aku sendiri faham yang apa yang aku cuba sorokkan dari orang lain tetap takkan dapat menahan titisan itu untuk keluar. Macam2 perkara yang bermain dalam otak ni. Aku cuma dapat mendoakan agar ayah dan ibu dapat biasakan diri dirumah dengan ketiadaan aku. Sesungguhnya, apa yang dirasai oleh ibu turut aku rasai disini. Semoga Allah dapat tabahkan hati kita sekeluarga. Uteh sayang ibu dan ayah ;')

No comments: