Followers

Friday, September 14, 2012

Luahan 1

Selamat pagi semua, walaupun diluar sana masih gelap, dimana malam telah sampai ke kemuncaknya. Aku sebenarnya masih berat untuk lelapkan mata ni. Hati ini seolah-olah cuba membuatkan aku tidak dapat duduk dengan tenang. Puas aku fikirkan apa yang sebenarnya membuatkan aku rasa tidak menentu. Atau mungkin badan ini terlalu letih dan aku yang memaksa mereka untuk terus tegak dan bekerja. Aku sedih sebenarnya, minggu depan aku akan mula kan sem baru yang sepatutnya aku mula kan pada minggu ini. Tapi aku terpaksa teruskan cuti selama seminggu mengikut nasihat doktor. Jarang aku menaip penuh menggunakan bahasa melayu, tapi malam ini jari seolah puas dapat menafsirkan apa yang terlintas dikepala ini menggunakan bahasa ibunda kita semua. Sejak akhir-akhir ini aku sering dilamun dengan macam-macam perasaan yang sedikit pun tidak membuatkan hati ini tenang. Aku dapat merasakan sesuatu perkara yang aku sendiri tak mampu untuk hadapi. Tapi aku cuba tabahkan diri. Sebenarnya tidak siapa pun yang dapat aku kongsikan apa yang betul-betul terbuku dihati ini. Aku seolah-oleh dapat merasakan tiada seorang pun yang mungkin dapat memahami. Aku berjalan mengikut rentak aku. Bagi aku, mungkin ini saatnya berdikari itu harus aku ketengahkan. Atau mungkin aku terlalu bergantung kepada orang lain. Tapi aku cuba elakkan dari menyusahkan orang disekeliling. Apabila aku menulis, aku seakan-akan meneka apa yang aku cuba rasakan, perasaan yang membuatkan aku terus dilamun perasaan buruk. Sehingga sekarang aku masih berteka-teki dengan diri sendiri dan akhirnya aku kalah, kalah dan sakit. Tapi apa pun, aku berserah pada Ilahi, sesungguhnya dia Maha membolak-balikkan hati, semoga Dia dapat tenangkan hati hambanya ini, agar aku tak merasakan kesakitan itu lagi.

No comments: