Followers

Monday, April 15, 2013

Common Sense #1 : Kemalangan

*macam orang gila aku tengok gambar *accident* masa cari gambar yang sesuai kat google*

Assalamualaikum, selamat malam semua. Tengah-tengah malam macam ni rajin pulak aku dok update blog. Bukan apa, nak cerita sikit pasal common sense dikalangan kita. Ceritanya, baru2 ni, ada berlaku kemalangan depan fakulti engineering UiTM Shah Alam and sehari selepas tu kawan aku pun telah terlibat dalam kemalangan. Daripada apa yang aku dengar pada kawan aku tentang kemalangan yang pertama, kejadian melibatkan motor dan kereta. Siapa yang pernah study kat UiTM Shah Alam tu, korang mesti tau selekoh maut depan fac enjin tu kan?. Kemalangan tu terjadi selepas sebiji motorsikal yang dipandu pelajar merempuh belakang kereta Saga FLX milik sepasang kekasih *muntah* yang parking depan melati (nak hantar awek leteww kan?). Biasalahkan, malam, manalah nampak sangat. Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi, apa yang berlaku, pemandu kereta Saga merangkap boyfriend melayu terakhir tu telah turun dengan angkuh dari kereta sambil buat muka ketat macam kena sumbat asam gelugor segantang dalam mulut, terus pergi belakang kereta nak check teruk ke tak kemik dan terus mencekup koler baju penunggang motor yang tengah terbaring atas jalanraya tu. Free2 mamat tu kena maki padahal budak tu tengah injured. Cerita kedua, yang ni melibatkan kawan aku, ada makcik yang dah separuh abad terlanggar my friend, dengar cerita kawan aku tu teruk jugak, sekarang dekat wad. Boleh tak makcik tu dengan angkuhnya pergi maki kawan aku tu, "PERGI MAMPUSLAH KAU", mungkin sebab kereta dia mungkin kemik or what-ever disebabkan kemalangan yang berlaku.

MORAL OF THE STORY

Korang rasa apa tindakan yang betul bila terjadi benda2 macam ni?. Aku memang cukup pantang orang yang tetiba nak melenting ni. Aku rasa tindakan kedua2 pemandu tadi sangat macam haram. It's very typical to see something like that happens around us. Apalah salahnya kau pergi make sure dulu orang yang terlanggar atau dilanggar tu ok ke tak, manalah tau cedera ke, mati ke. Ni tak, apa yang kau check adalah body kereta kau. Sejauh mana nilainya harga nyawa dari harga kereta kau tu?, Atleast hancur macam mana pun kereta tu, boleh claim insurance kan?, kalau nyawa melayang? (memanglah lah dapat duit jugak tapi nyawa tu kau boleh samakan dengan wang ringgit ke?). Hopefully, rakyat Malaysia sedar dengan perkara2 macam ni. Ikut common sense lah kan. Maybe perkara macam ni berlaku pada orang lain, tapi bila tiba masanya kita yang kena, korang rasa korang happy ke dengan cara layanan yang korang bakal terima?, tak kan?. Jadinya, start dari hari ini, jadilah pemandu yang beribawa sikit. Jangan pentingkan diri sendiri. Isu kereta kau jahanam rasa macam lebih besar dari isu Palestin. Chaitt!, podah!. Oklah, bye uols.

Much Love
xoxo

2 comments:

IBTISAM HASHIM said...

done follow here ... :D NICE blog .

http://ayundaibtisam.blogspot.com/2013/04/disebalik-nama.html

IBTISAM HASHIM said...

done follow here ... :D NICE blog .

http://ayundaibtisam.blogspot.com/2013/04/disebalik-nama.html