Followers

Friday, April 19, 2013

Common Sense #2 : Zebra Crossing

Assalamualaikum, selamat petang semua. Hari ini nak kongsi lagi dengan korang tentang common sense. Kalau macam hari tu, pasal kemalangan, hari ini nak cerita pasal zebra crossing pulak. Aku dah macam polis trafik part-time dah bagi lecture pasal undang2 jalan raya ni. HAHA. Ok2, pada yang tak pernah tau apa benda dengan zebra crossing tu, TAHNIAH!, hari ini korang tau!, sila buat kenduri doa selamat ok. Zebra cross atau laluan zebra adalah kemudahan yang disediakan untuk perjalan kaki merangkak (gurau je) berjalan melintasi jalan raya. Laluan ni dia berbelang2 putih ala2 zebra spesis kotak. Biasanya kalau tak ada jejantas, atau mungkin jejantas terlalu tinggi sampai OKU-ians nak naik pun pikir dua kali, JKR akan provide-lah zebra cross ni. Apa yang aku nak cerita sekarang ni, pasal sikap pemandu dan perjalan kaki yang 2x5 je kebesar-kepalaan mereka menggunakan zebra crossing ni.

Pemandu Kenderaan.

*tengok gambar kat atas ni aku terpikir macam manalah diorang ni dapat lesen memandu*

Biasanya, kebanyakkan pemandu-pemandu kat Malaysia ni sangat bertamadun, hanya segelintir je dari puak2 diorang ni yang agak sakai mengikut peraturan jalan raya dengan betul. Konpius tak ayat aku ni?, haha. Nak dijadikan cerita, kebanyakkan diorang ni, tak taulah nak cakap macam mana, sedar ke, tak sedar ke, babe, you're drunk!-ke, entahlah, kalau lalu depan zebra cross ni, dia buat dunno je, bukan main laju sampai tersingkap kain mak jenab nak melintas sambil tergolek nasi lemak dalam bakul (makcik ni nak pergi meniaga). Korang rasa agak2 bersopan santun ke macam tu?. The thing is, kalau kita tau yang kita akan melalui kawasan yang ada ZC ni, perlahankan sedikit kenderaan walaupun hanya roh2 nenek moyang yang melintas. Kita kadang2 bukannya sedar pun kalau tetiba ada pedestrian yang lalukan, kang nanti jadi macam kes mak jenab tadi. Apa2 pun, utamakan perjalan kaki. Korang nak rush macam mana pun, kalau dah terjadi kemalangan korang jugak yang susah. And apa yang lagi buat korang rasa nak hentak kepala korang dengan peng-jack tayar kereta bila orang yang kau langgar kat zebra cross tu kompem menang bila bawak kes masuk court. Apa2 pun bertimbang rasa ok?.

Perjalan kaki.



Hamboi2, hampa ingat aku dok back-up korang, korang boleh suka lahh?, ini nak cerita sikit problem si pedestrian yang bajet angel dalam Voctoria Secret Runaway ni. Kalau kita ni dah tau yang kita ni perjalan kaki, yang alah2 nak melenggang buang masa nak pergi shopping dekat PKNS Shah Alam, tak yah lah nak menyiput sangat. Ni tak, sempat lagi update twitter "I atas ZEBRA CROSS UOLS!". Korang kenalah consider sikit pemandu kenderaan yang duk terconggok tunggu korang lintas. Mentang2lah ZC tu pak hang yang punya, korang jangan lah nak terhegeh2 dekat tengah jalan raya tu. Bukan apa, manalah tau pemandu2 kenderaan tu memang tengah rush nak terberak ke, nak terberanak ke, saudara mara mati ke, who knows right?. Jadinya, korang kena consider jugak pemandu2 ni. Jalanlah dengan pantas dan elakkan perasan diri tu diva VC tengah buat runaway. Orang bukannya suka pun, silap2 seguni makian korang dapat. Pedestrian pun kena bertimbang rasa ok?.

MORAL OF THE STORY

Kalau kita sama2 bertimbang rasa, banyak benda yang kita dapat. Boleh jimatkan masa, jimatkan air liur dari nak memaki sesama sendiri dan apa yang penting tak adalah asyik2 nak dengar mangsa mati digilis akibat bergambar sambil buat muka duck-face dan buat tarian gwiyomi atas Zebra Cross. Sentiasa bertimbang rasa sebab semua tu adalah common sense ok?, bye!.

Much love
xoxo

No comments: