Followers

Saturday, April 27, 2013

Common Sense #3 : Stand-Alone Machines

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Kali ini nak cerita pasal Stand-Alone Machines. Apa tuh?, bacon salai ke?, eh tak!. Stand-Alone Machines ni bolehlah nak digambarkan sebagai Vending Machines, ATM, atau apa je mesin yang kita boleh memudahkan urusan tanpa memerlukan kita untuk pergi berurusan secara terus kepada operator. Susahlah nak explain. Korang faham sendiri lah. Biasanya kalau nak berurusan dengan SM (Stand-Alone Machines) ni, mesti kena beraturkan?, yelah, ramai kot yang malas macam korang. HAHA. Tapi aku tak nak cerita pasal adab nak beratur sebab semua orang tau yang apa purpose beratur, jangan potong Q and all things what not related with que. Aku hari ini lebih nak cerita pada sikap individu semasa que, and semasa mengunakan perkhidmatan SM ni. 



*Untuk memudahkan korang faham, aku akan ambil contoh mesin ATM lah ye.*

1. SEMASA BERATUR

Biasanya, orang paling benci beratur, lagi-lagi bila sampai peak hour macam lunch hour dekat office or public places, sale dekat sogo, j-card dekat JUSCO and macam2 lagi. Boleh dikatakan, MASYALLAH!, panjangnya lah orang macam ada sale emas selonggok dua hengget!. Tapi nak buat macam manakan. Itu jelah satu2nya masa free nak settle kan segala urusan. Tapi apa yang kerap berlaku masa que ni?, haa, ni nak cerita ni. Pernah tak nampak orang yang buat2 muka busy macam kena issued bankrupt dengan Jabatan Insolvensi Negara, terus jalan kehadapan dan masuk line que yang KONONNYA ada kawan dia dekat situ reserved tapak arwah atuk dia sewa masa zaman jepun dulu. Nak dijadikan cerita, orang lain elok berpanas tunggu (bank tutup aircond cut cost) dia terus masuk que yang paling depannnnn sekali. Lepas tu buat2 lah borak2 sambil muka sedih kononnya letih tunggu. Aku memang pantang dengan orang macam ini. Kenalah ingat sikit, orang lain que jugakkan?, lainlah bank tu memang kerabat kau yang punya. Apa yang aku boleh suggest dekat sini, kalau korang rasa korang selalu hadapi masalah macam ni, better korang prepare lah awal2 duit untuk esok and lusa punya lunch. Turunlah sekajap dari flat korang dalam pukul 11 malam dekat 7E withdraw duit. Barulah tak que masa lunch hour yang tak lama sangat tu. Jimat masa korang. Tak pun korang pakai jelah debit card korang walaupun muka cashier tu rasa nak hayun cash register tu kat muka korang sebab makan karipap sekeping dengan air kosong total RM1.20. Lagi mulia dari potong que secara terhormat macam tadi.

2. SEMASA MENGGUNAKAN SERVIS

Sebenarnya, tak banyak sangat problem que kalau nak dibandingkan dengan orang yang sedang menggunakan servis ni. Apa yang kerap berlaku, kebanyakan individu yang dah dapat cecahkan kaki diorang kat ATM ni punya lah seghonok! sampai tak ingat dunia. Apa yang diorang buat?. Ni aku nak cerita sikit. Kalau dah tau orang que panjang dengan masa lunch hour tu memang cukup2 je untuk kau lepas kentut, tak payah lah nak terhegeh2 gunakan servis. Ini tak, masa dah dapat guna servis, masa tulah kau baru sibuk nak cari wallet dalam handbeg kau yang besar dah macam nak pergi buat haji, time tulah sibuk "OHMYGOD!, kad i tertinggal!, lepas tu call member suruh ambilkan sambil stay kat depat ATM", time tu jugaklah baru perasan yang partition kad dalam wallet kau sendat sangat sampai kad tak boleh keluar. What's wrong with all of this people?. And ada lagi problem dia, dah tau que memang komfem panjang and masa tu terhad sangat, please make it short for every transaction. Make surelah korang cuma nak keluarkan duit. Ni tak, time tu lah korang baru nak cek every balance setiap kad bank yang kau hade. Kalau ada 20 bank, 20 bank lah kau cek balance. And ada yang siap sibuk nak bayar bill Astro, Air, Elektrik, Saman, Duit hantaran, Yuran and macam2lah!. Padahal all of that things boleh settle kot guna online banking kan macam Maybank2u, Cimbclicks and what not. Janganlah pandai guna internet kat office tu tau nak bergossip, fb whatever. Ada yang lagi teruk, siap sibuk nak check in 4square update kat twitter, "I TENGAH WITHDRAW DUIT", nak kasi satu dunia tau perkembangan terkini tak cukup guna internet office, sambung guna phone. Nasib baik kau tak kena cekup penyamun yang follow twitter kau tu ha. Please consider orang yang que kat belakang tu.

MORAL OF THE STORY

Consider lah sikit orang yang lama dok que kat belakang tu. Janganlah sesuka hati nak potong que lepas tu duk bercinta dengan mesin ATM. Kalau setakat nak settlekan hal2 pembayaran, balance inquiry, and selain daripada withdraw duit, buatlah online banking. Tak lama pun even lagi memudahkan korang. Kadang2 kesian tau dengan orang yang lambat lunch, lambat sembahyang zohor, and last2 lambat punch in masuk kerja. Semua disebabkan sikap pentingkan diri sendiri. So, lepas ni kita cubalah ubah perkara yang mungkin nampak simple tapi actually menyusahkan orang lain at the same time. Bye!

Much Love
xoxo

No comments: