Followers

Thursday, June 6, 2013

Ibu

Assalamulaikum, kadang-kadang aku terfikir kenapa susah bagi sesetengah orang untuk menjaga insan yang satu-satunya dianugerahkan tuhan pada kita?. Orang yang melahirkan kita, mendidik kita dengan kasih sayang dan akhirnya insan itu disia-siakan sebegitu saja. Buat masa ini, aku sangat rindukan ibu. Sejujurnya, aku rasa akulah orang paling faham apa yang ibu lalui sekarang ini. Ibu, uteh tak pernah putus mendoakan kesejahteraan ibu. Uteh mohon ibu sabar dengan apa yang berlaku. Uteh sayang ibu. Uteh cuma nak ibu tau yang uteh lakukan begini hanya untuk ibu. Walaupun makan masa, tapi ibu sumber semangat uteh untuk berjaya dan bawa ibu keluar dari apa yang kita lalui sekarang. Bertahanlah ibu. Bagilah peluang untuk uteh buktikan yang uteh mampu memberikan perubahan pada kehidupan kita. Ibu banyak berkorban untuk uteh, di saat uteh memerlukan ibu, ibu tak pernah hilang dari mata. Kadang-kadang, uteh tertanya-tanya kenapa susah untuk mereka menghargai ibu. Hati ini sakit bila tau yang mereka buat ibu sebegitu. Apa hak diorang buat ibu macam tu. Susah ke nak memahami hati seorang insan yang selama membesarkan mereka semua. Persoalan itu hanya uteh simpan. Mungkin itu alat pemberi semangat untuk bawa ibu jauh. Kita sama-sama. Tinggalkan mereka itu semua. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada insan yang aku sayang itu, jangan pernah biarkan dia atau aku merasakan jauh diantara kami. Tutupilah jurang itu. Buka ruang untuk aku bawa ibu bersama aku. Sesungguhnya kehilangan dia memusnahkan segalanya. Ya Allah, hanya padamu aku meminta. Amin.

No comments: