Followers

Tuesday, August 27, 2013

Keliru



Bismillah. Assalamualaikum. Hari ini tiba-tiba rasa nak menulis. Actually bukanlah tiba-tiba. Aku rasa aku patut tulis entry ni. Petang tadi selepas balik dari balai polis Jementah, ayah kata, iman lepas ni kita singgah rumah Mak Long, ayah dah lama tak jumpa dia. Aku pun drive lah terus ke rumah Mak Long. Nama Maklong aku ni Maklong Nyom. Kebetulan ibu memang suka singgah rumah dia sebab rumah Maklong ada macam-macam jenis bunga. Ibu selalulah minta Maklong benih bunga untuk ditanam dekat rumah. Sampai je rumah Maklong, Ibu dan ayah berborak kejap lepas tu maklong ajak tengok arnab dia. Masa tengah asyik aku main arnab dengan ayah, aku nampak ibu jauh berborak dengan Maklong sambil pilih-pilih bunga. Nampak macam ada sesuatu yang serius diorang ni borakkan. Aku malas ambil port. Tapi setiap kali diorang berborak, ibu dengan Maklong mesti toleh dekat aku. Aku pun peliklah, aku terus masuk dalam. Aku rasa maklong tak perasan aku masuk, dia ajak ibu berborak depan rumah dia. Aku terdengar perbualan diorang. Apa yang aku syak tu betul, diorang tengah berborak pasal aku. Tapi lebih dalam dari apa yang aku fikir. Aku dengar ibu kata "Iman tu tak pandai nak bercinta ni kak, saya risau kalau dia biasakan diri dia tanpa pasangan sebab dalam umur dia yang macam tu, dia sepatutnya dah ada KAWAN". Aku terdiam sekejap. Aku dengar lagi apa yang ibu cakap, "saya berkenankan cucu akak yang datang raya tahun lepas, lawa budaknya, ada muka arab". Maklong balas, "yang mana satu ni ros?". Ibu jawab, "alah, yang rambut dia ikal mayang tu, putih-putih, kening tebal, tinggi-tinggi orangnya. Maklong pun dah macam boleh agak, "ohh, si kakak?, cucu akak tu umur 20 tahun, belajar lagi, tapi akak tak tau apa nama sekolah dia tu, ros berkenan ke dia dak kakak?". Ibu apa lagi, memang dia cakap dia suka gila lah. Ibu kata, "berkenan saya kak, kalau boleh nak suruh dia berkenal-kenal dengan Iman, suka saya kalau dapat jadikan menantu. Maklong pulak dengan slumber jawab, "haah, akak pun suka, sekurang-kurangnya, keluarga kita tak lari jauh, nanti akak tanyakan mak dia ye Ros?, tapi kita tak tau budak-budak sekarang ni, semuanya dah ada kawan masing-masing. Tapi akak harapkan dak kakak tu tak ada lah ye tak?", ibu dengan maklong ketawa beria-ria. Lepas aku dengar diorang berborak, aku terdiam sekejap. Aku tak tau apa yang aku kena fikir. Bukan apa, aku baru pulih dari apa yang berlaku sebelum ni. Even sampai sekarang pun aku masih tak boleh lupakan dia. Walaupun dia bahagia sekarang bersama orang yang mampu bahagiakan dia, bagi aku dia masih dekat bersama aku. Aku macam tak mampu nak lupakan dia. Hanya berserah pada takdir Allah. Waktu ubat paling mujarab. Tapi, masa pulih tu masih jauh. Ibu seolah-olah sedar apa yang aku lalui. Kalau tak, macam mana dia boleh bercakap pasal aku dengan Maklong?. Lagi pun buat masa sekarang ni, aku cuma harapkan yang aku mampu bangun. Cinta aku hanya pada masa depan aku. Aku dah mula rasa minat yang mendalam untuk belajar. Aku rasa lebih baik aku teruskan belajar, biarlah jodoh Allah tu datang sendiri. Atau datang pada masa yang sesuai. Buat masa sekarang biarkan aku fokus untuk bina masa depan aku sendiri. Aku tak perlukan orang lain dalam hidup aku. Lagipun aku belum bersedia untuk mulakan semula hubungan yang aku baru sahaja hilang. Aku kira hubungan yang lebih 7 tahun. Biarlah. Aku gembira sendiri. Lagipun orang yang maklong dan ibu maksudkan belum tentu boleh terima aku. Aku bukanlah macam lelaki lain. Entahlah, biarlah, Aku percaya pada qada' dan qadar. Bila sampai waktu yang tepat, InsyaAllah, ada lah jodoh tu. Amin.

Much Love
xoxo


No comments: