Followers

Thursday, September 5, 2013

Kuatkan Aku

Bismillah. Assalamualaikum. Lagi dua hari aku akan mulakan semula hidup ini sebagai hamba yang menuntut ilmu walaupun dunia insyaAllah ada keberkatannya untuk akhirat nanti. Semester 4, semester terakhir aku bagi tahun kedua. Aku dapat merasakan ujian itu datang dengan banyak. Sekian kalinya aku rasa aku terleka. Dan pada ketika itulah aku tersentak dari lamunan yang aku semakin jauh dengan Ilahi. Aku dapat rasakan ini lah ujian paling besar dalam hidup yang tak mampu aku kongsikan disini. Apa yang aku mampu hanya mengadu kepada Ilahi dan menulis bagi melegakan hati walaupun tiada pembaca yang sudi menoleh. Aku tak pinta menjadi senang sekelip mata, cukuplah bebanan ini berakhir. Itu benar-benar menggembirakan aku. Ya Allah ya tuhanku, kau permudahkanlah segala urusanku. Kini aku sedar, sedikit demi sedikit nikmat itu telah hilang dariku disebabkan kelekaan aku. Berikanlah semula kekuatan itu ya Allah. Hanya kau yang mampu membahagiakanku. Amin.

No comments: