Followers

Saturday, December 28, 2013

Kekuatan Milik Allah.

Assaalamualaikum, selamat malam. Pejam pelik, kita dah sampai ke penghujung tahun 2013. Rasa macam baru semalam aku fikirkan apa yang aku nak azam untuk tahun 2013. Masa berlalu tersangatlah pantas. Tapi aku bersyukur sebab segala nikmat yang aku dapat sekarang ni masih lagi dipinjamkan Allah s.w.t untuk aku meneruskan kehidupan sebagai hambaNya. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2013 ni, walaupun banyak cabaran dan dugaan, aku tetap kuat untuk menempuh segalanya. Aku juga bersyukur, dalam sepanjang aku menempuh tahun 2013 ni, aku sentiasa berada bersama orang yang tak pernah berhenti untuk bagi semangat pada diri aku terutamanya family. Kalau time aku susah sentiasa ada mereka. And the most special person, Hafizzul Anas. He is my twin. Dia sentiasa bersama aku, bagi semangat tatkala masalah tu tak henti-henti menyerang. Banyak persamaan kiteorang yang membuatkan kiteorang sentiasa rapat bersama. Dalam tahun ni juga, banyak perkara yang tak pernah aku sangka berlaku. Ada manis and ada yang pahit. One of my sweet memory bila dapat juga merasakan pergi jamuan dekan. Lama mengharap akhirnya Allah s.w.t makbulkan doa. Tapi, part yang sedih tu, pada tahun ni je, I lost so many people yang sangat aku sayang. Nenek meninggal 3 minggu lepas. Arwah nenek sakit stroke. Aku terlalu rindukan arwah nenek. Besides, banyak lagi perkara lain yang buat aku down. Biasanya perkara ni mesti terjadi disaat final exam. Time ni lah macam-macam Allah s.w.t nak uji. Kena keji, caci oleh orang lain. Dia seronok berceritakan hal aku kat orang ramai. Disebabkan aku malas nak kerohkan keadaan, aku biarkan. Sebab aku malu. Orang yang selalu aku puji depan kawan-kawan aku, tentang kebaikan dia, kemesraan kami, last2 dia dah buang aku. Kalau buang tak pe, dia hina aku macam-macam. Aku malu dengan kawan-kawan aku. Mesti dia persoalkan kenapa jadi macam ni. Aku fikir, dari suasana jadi buruk, orang lain pun pandang serong, lebih baik aku senyapkan. Ibu pesan, biarkan dia. Orang lain tau menilai macam mana. Hopefully ibu betul. Aku biarkan. Lagipun aku tau orang lain pun akan annoying kalau baca benda2 yang melibatkan pergaduhan ni tambahan lagi kalau saling berbalas even aku pun menyampah. Biarlah, yang penting aku tau dekat mana aku berdiri. Asalkan aku tak lari jauh dari apa yang aku pegang pun dah syukur. Aku anggap ni uiian. Allah tu maha kaya. Dia ambil sesuatu dari kita sebab dia nak gantikan dengan perkara yang lebih baik. Aku harap dia pun fikir macam tu. So, paper aku akan start pada 5 Januari. InsyaAllah. Dan akan habis pada 18 Januari. Hopefully dipermudahkan olehNya untuk aku berjaya sekali lagi untuk semester ini. Dah tanam azam nak makan dinner deanlist with anas!. hihi. Oklah, tak ada apa nak bebel. :)

Dear friends, good luck in your finals. Study smart. Manage your stress well. Don’t push it so hard. Knowledge is gift from Allah. When it ready, it all yours. Never stop praying. May may Allah ease us on this examination. My dua always with you!.

Much love
xoxo

No comments: