Followers

Wednesday, December 4, 2013

Majlis Anugerah Dekan 2013

Assalamualaikum, hari ini tiba-tiba terasa nak update blog. Actually bukan tiba-tiba sangat pun, update sebab ada sesuatu yang sangat memberi makna pada diri ini. So, Alhamdulillah, petang tadi, telah berlangsung Majlis Anugerah Dekan bagi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan apa yang best, aku salah seorang tetamu yang dirai (ceewwahh!). Tak ramai pun batch kiteorang semester 4 Bachelor of Corporate Administration yang dulunya semester 3. Boleh dikatakan kurang dari 20 orang yang mana cuma 5 orang je lelaki. Tu pun classmate aku. Apa yang aku boleh banggakan kat sini, most of wakil part 4 adalah dari kelas aku. Syabas korang semua!. Proud of you guys. So, petang tadi dapatlah jumpa ramai student lain. Maklumlah FSPPP paling ramai student katanya. Selain itu, syukur juga sebab dapat juga merasa majlis ni sebelum semester depan akan berpindah ke Seremban 3. Oklah, rasanya biarlah gambar pulak yang bercerita. Esok ada quiz Account kot!. Bye! :)


Kad Jemputan :)

 With classmate. 

 With Yasmin and Zura :)

 With other boys, kiteorang lah wakil lelaki yang dah semakin pupus. Wakakaka

 Nilah classmate aku. Sebenarnya ada lagi 3 orang. Tapi xsempat pun snap pic sama2 :(

 Ok yang ni special sikit. Nama dia Leya, dia classmate account aku. Lawa tak dia? Laawwaaakan!. Hahaha, ni lah crush aku (jujur xmemasal!). Haha. Aku suka Leya ni, dia peramah, baik. First time bercakap dengan dia masa buat kerja Account sama2. Hahaaha!. Sebenarnya aku tak tau pun dia ada bf ke x hopefully xada. haha. Kalau ada, mampus aku, kalau bf dia baca, memang nahassssssss. haha :P

 Oklah, ni last pic. 

Thanks sebab sudi baca!.
Bye for now.
xoxo

No comments: