Followers

Saturday, February 15, 2014

Terima Kasih Allah :)

Assalamualaikum, dah lama tak update blog. Lepas je aku habis semester 4, aku terus balik. Sedih gila, padahal petang tu aku baru habis paper Innovation Management. Tapi nak buat macam mana. Aku duduk goyang kaki tak sampai seminggu pun, aku terus apply kerja, Alhamdulillah, dapatlah juga. Kena kerja, mana taknya, sem depan banyak nak guna duit, dengan deposit sewa rumah apa semua. Tapi itu semua belakang cerita, apa yang aku nak cakap kali adalah pasal 14 febuari. Bukan valentine what ever tu yea. hihi. Actually semalam, 14hb result aku keluar untuk semester 4. Aku pelik jugak lah, laju betul lecturer aku tu semua menanda ye?. tak sampai sebulan result dah keluar. Mungkin sebab semester 4 lepas adalah short sem. Belajar tak sampai 3 bulan pun. Apa pun aku sangat bersyukur dengan result yang aku dapat. Alhamdulillah, Allah s.w.t berikan peluang itu sekali lagi buat aku. Aku terharu gila. Apa yang buat aku lagi happy, my bff anas pun dapat result yang cemerlang!. Kami dapat DL(Dean List) semester kali ini!. Memang itu harapan aku dari semester lepas. Memang kami plan nak pergi dinner dean sama-sama dari semester lepas. Akhirnya, tercapai juga hasrat kami!. Apa pun terlalu bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan. Macam biasa, result akan dihantar melalui email. Kebiasaanya memang ramai lah tak tidur tunggu result, tapi kali ini aku kena tidur sebab pagi tu aku kerja. Lepas solat sunat hajat dua rakaat, aku terus tidur. Macam-macam mimpi aku lalui sampai aku tersedar pagi tu dalam pukul 5.30 pagi. Aku terus tarik laptop dan buka email. Perasaan bila dah nampak email dari "sims" dengan subject examination result memang buat jantung aku kencang gila. hahaha. aku terus klik dan scroll perlahan2 sambil selawat banyak2. Syukur Alhamdulillah. Angka pertama aku nampak "3" dan aku cuba make sure untuk perhatikan yang tiada C- atau perkataan "GA" kat belah tepi. And the thing is, aku sangat bersyukur dengan keputusan yang aku terima. :)



Walaupun agak drop dari semester lepas, tapi aku tetap bangga sebab for the first time aku skor straight A. Abaikan yang ada minus kat belakang tu ha. hahaha. Plus, Alhamdulillah, syukur, aku lega bila tengok cgpa aku akhirnya lepas pada fasa selamat. Aku memang idamkan untuk dapat first class cgpa. Usaha semester lepas berbaloi dan InsyaAllah akan aku bawa effort yang sama tapi lebih tinggi untuk semester depan. InsyaAllah. Aku dapat merasakan diri aku semakin kuat dengan bantuan dari Allah yang tanpa henti serta doa2 dari insan yang amat aku sayangi. Bila dah semakin meningkat umur dengan faktor sekeliling buat aku sedar yang bertapa pentingnya usaha keras untuk tempah kejayaan. Aku boleh tengok diri sendiri punya effort start dari sem 1. Aku banyak membazir masa dan usaha. Apa pun Alhamdulillah, Allah swt sedarkan aku seawal semester 3. Syukur!. Apa pun sebelum aku berhenti menulis, aku nak share semua result aku dari sem 1. Aku bukan nak menunjuk (bknnya ada orang baca pun blog aku) cuma nak tunjukkan macam mana kesedaran tu timbul dari hati *kemain*. Haha.

Semester 1

 yang ni result sem1.Masa ni aku tak berapa nak bermotivasi sebab mungkin time ni aku frust kot tak dapat sambung law. Hati masih tak boleeh terima dengan apa yang aku ambil masa ini. HAHA.

Semester 2


 Time nilah kemuncak kejatuhan pointer aku. Aku pun tak faham apa yang menjerat aku masa ni. Sedih gila. Inilah keputusan terburuk dalam sejarah aku sebagai student. Aku malu nak share dengan ibu. Time ni memang frust menonggeng. T.T

Semester 3

Start dari semester 3, aku dah mula sedar, aku cuba perbaiki semua kesilapan, aku cuba bahagikan apa yang penting dan apa yang tidak. Aku fokus sepenuhnya. Alhamdulillah. Hasilnya aku sendiri terkejut. hihi. Apa pun alhamdulillah. :))

Apa pun syukur kehadrat ilahi, semoga lepas ni aku mampu beruasaha lebih untuk kekal kan cgpa yang memang aku idamkan dari dulu lagi! :) walaupun ujian terlampau berat terpaksa di tanggung semester lepas. Allah maha adil, dia letakkan kesedihan buat aku untuk melalui sepanjang semester lepas dan pada hari ini dia buatkan aku manusia yang paling gembira. Alhamdulillah! Congratz juga untuk kawan2 lain yang dapat result semalam!. :D

1 comment:

shmilysara. said...

Congratulations Iman! You really motivated me to become like you. You're so hardworking. I wish I am able to jejak Deans List dinner too. Been my dream since first semester. I'll try my best for the next semester. Thanks Iman. And congratulations once again. See you around next sem!