Followers

Thursday, June 12, 2014

Aku tak kuat ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya aku bukanlah hambamu yang taat akan perintahmu, tapi aku tau jua batas dalam apa jua yang kau tegah, tapi adilkah buat diri aku bila mereka memperlakukan aku begini ya Allah. Di saat aku meniti waktu kesempitan, aku dihempas lagi badai yang menghancurkan aku. Hulurkanlah tanganmu buatku ya Allah, sesungguh aku tak mampu lagi berjalan diatas tanah yang kau penuhkan buat aku dengan segala bagai onak dan duri. Aku bukan hambamu yang kuat ya Allah, tapi tidaklah aku memintas akan takdirmu, Aku tatkala sakit dalam kepedihan, tatkala tiada siapa yang dapat membuka dada, dan memahami isi hati, aku keseorangan ya Allah. Kau peluk lah aku dengan sayapmu ya Allah, kau lindungi aku dari segala durjana ini. Aku lemah ya Allah untuk menghadapi. Atau mungkin kau kurniakan secebis cahaya agar aku mampu mengubat dan memujuk semula hati ini yang kian lama makin merosak. Kasihanilah jasad ini ya Allah, kau sampaikanlah salam rahmat dan pedoman yang terindah semoga hati ini segar kemerahan semula. Aku melutut menyambahmu maha suci Allah. Semoga doa dari hamba mu yang kerdil ini berbisik di Lauhul MahfuzMu.

No comments: