Followers

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum, dah lama tak update blog. Pejam pelik, dah masuk bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam aku terawikh dekat Masjid UiTM Shah Alam. Dalam tak sedar juga, aku dah nak habiskan semester 5 Bachelor Corporate Admin. Tak sangka, aku sangat kuat dalam menghadapi ujian sepanjang kaki aku melangkah sehingga hari ini. Bila difikirkan balik, diri aku tak berhak untuk disakiti. Hati aku tak sepatutnya dia biarkan hancur oleh orang lain. Aku merasakan, ada baiknya aku mula menerima hakikat. Hakikat yang mungkin pahit buat aku. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku terlalu baik sedangkan orang lain tak pernah membalas sedemikian. Bukan aku meminta balasan cuma aku rasa aku layak untuk menerima layanan seperti mana aku berikan pada orang lain. Atau mungkin diri aku terlalu bodoh mengikutkan kehendak orang sedangkan orang lain tak pernah sikit pun memikirkan hal aku. Tapi, sejujurnya memang sukar untuk aku berganjak dari tempat aku berdiri pada saat ini. Aku sering membiarkan hati aku terus disakiti. Aku tak reti berdendam. Kadang-kadang aku terfikir kenapa Allah s.w.t tak berikan aku kekuatan untuk membalas semua perbuatan orang kepada diri aku. Tak adil. Memang tak adil. Bila aku disakiti, hati aku merana, badan aku lemah, aku kuatkan semula, aku bangun, aku cuba menerima semula, dan lagi, aku disakiti lagi. Sampai bila?. Disaat aku disakiti, hanya tuhan yang tahun betapa peritnya aku rasa. Perasaan yang tak pernah siapa mengerti. Doa aku cuma satu, semoga Allah tabahkan hati aku. Aku nak secepatnya keluar dari sini. Aku nak bina hidup aku yang baru. Aku tak perlukan lagi apa yang aku ada pada saat ini. Aku cuma perlukan sesuatu yang baru untuk diri aku. Aku tak nak lihat sedikit pun dibelakang. Sebab apa? Sebab cukuplah kesakitan itu aku hadapi sendiri. Sengsara, tiada siapa yang rasa.

No comments: