Followers

Sunday, August 28, 2016

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak menulis apa-apa kat blog ni. The last post pun pasal braces. Itu pun last year. Anyways, throughout the period, banyak benda yang dah terjadi. But the most highlighted things is, Alhamdulillah, aku dah berjaya habiskan Master. Apa yang aku cita-citakan dimakbulkan Allah. Dalam setahun setengah menuntut ilmu, aku diberi peluang untuk mengenali pelbagai jenis orang, yang mana masing-masing membawa karakter yang unik. Cukup untuk aku pelajari tentang sikap seseorang.

Tapi, bukan itu yang membuat aku nak menulis. Tak taulah, sejak aku habis master, kehidupan aku berubah, perubahan tu bukan kecil, cukup membuat aku merasakan aku merupakan aku yang lain. Iman yang dulu punya orang disekeliling sekarang seakan tiada sesiapa. Hidup sendiri, sunyi. Mulut dah mula menerima kenyataan yang tak banyak perkataan yang nak diungkapkan. Hanya mampu tertutup dan kadang-kadang tersenyum. Aku dah mula akur yang ini merupakan titik tanda kehidupan dah mengalami perubahan, dah beransur ke fasa seterusnya. Tiada apa yang dapat mengembalikan apa yang kita ada dahulu cuma mampu akur dan menerima kenyataan segalanya dah berubah. 

Kalau dulu kau seorang yang sangat outspoken dikalangan kawan-kawan, sekarang kau lah satu-satunya penghuni kesunyian. Kau lah pahlawan dalam peperangan kekosongan, dan kau lah juaranya. Rindu? kadang-kadang tu ya, tapi apa jelah yang kau mampu lakukan.

Aku kadang-kadang tak faham, kenapa orang senang menghukum orang lain padahal perkara yang mereka nak hukumkan hanya dipandang salah dari sudut pandangan diorang sendiri. Nota buat diri sendiri, cinta bukan satu paksaan. Aku pun pernah kecewa sebab cinta. Susah aku nak ceritakan, tak salah untuk kita letakkan perasaan terhadap seseorang, betul kalau kau cakap cinta bukan paksaan tapi kau tau tak perasaan cinta yang kau lahirkan adalah pilihan kau sendiri?. Kadang-kadang hal macam ni, kau sanggup putus sahabat. Jangan terlalu mudah letakkan sangkaan, kau kena tahu, cinta bukan hanya terletak pada perkataan "pasangan", tapi dia ada juga pada "persahabatan". Kalau kau salah ertikan cinta yang lahir dari persahabatan, dan kau hukum orang lain yang tak membalas cinta yang kau harapkan, kau salah. Kau ego. Kau zalim. Dan kau mungkin hilang kawan. Kalau perkara macam ni terjadi pada kau?, kau akan tulis sebiji-sebiji seperti aku atau lebih pedas isi kandungannya. Terserahlah kawan, aku anggap kau sahabat dunia akhirat sebab aku senang dengan kau. Fikirkanlah.



  

3 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

kura-KURA said...

So how your braces?

Anonymous said...

Hai abang Iman, i came across your blog and it was very inspirational piece of you. I am currently pursuing my bachelor in corporate admin. I'm in my final year and its crucial for me to decide whats next after degree (T.T)

I was wondering if you could update your blog more often, yeah?


Regards,
Your junior