Followers

Wednesday, November 11, 2015

Neils Finally Get His Teeth Braces!

Assalamualaikum, good evening everyone!. haa, hari ini I'm really excited to share with you guys, my experience going through braces. But before that, aku nak bebel2 sikit pasal braces. Actually I'm facing kecelaruan kedudukan gigi (aku yg bagi sendiri nama ni :P) hahaha. Bukan apa korang, gigi aku berterabuq habaihhh baq ang. I'm suffering this as early as 12 years old. Banyak perkara yang menyumbang kepada keteraburan gigi aku ni ha. antaranya:

  • Peel isap jari yang tak stop sampai besar, even sekarang pun aku kadang mengada nak isap jari
  • Suka suki atau hobi nak cabut gigi sendiri which mean kalau ada gigi goyang sikit, aku akan berusaha untuk cabut sendiri.
  • And macam biasalah, unhealthy diet. Melantak ikut dan, orang lain berpantang makan, aku berpantang jumpa makanan. 
At the end, gigi membesar dengan tidak sihat. Since "matured" or other word, dah pandai nak jaga penampilan diri *eceewah*, aku dah mengidam nak braces ni sebab obviously aku tak suka gigi aku. Seawal form 2 aku dah mula berjinak2 nak tau pasal braces ni. Even aku dah siap amik appointment dekat Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan untuk buat braces. Tapi nasib aku tak baik weh, they put on thousands waiting patient. Yang paling best, the registrar told me this:

"Adik, akak nak bagitau, nama ada dalam waiting list, and jumlah pesakit menunggu  almost reach 3k. Ni nombor giliran adik ye 29++. Akak bagitau awal-awal tau dik, Kalau adik nak, adik boleh tunggu, tapi akak tak boleh janji adik akan dapat pakai braces seawal yang adik jangka, lagi 8-9 tahun akan datang pun belum tentu lagi. Kalau nak cepat adik buat kat swasta je." (Akak Nurse, 2005)
Kau tengok berapa lama aku letak wishlist ni ha, kemain berharap dapat pakai braces. 

Korang rasa? hahahaha, masa tu sedih gila jiwa raga aku. So aku lupakan jelah. Klinik kerajaan? That's also what I get from them, waiting list, waiting list, waiting list and waiting list... sampai lah umur aku reached 18 and from that moment, I knew that i'm not entitled to got free braces from government *lap air mata*. Pejam pelik pejam pelik, sampai habis degree, and sampai lah sem lepas which I made a new appointment at UiTM. But I still got the same answer. Cuma waiting list tu tak berapa lama sangat (1-2 years). However, due to my self-impatient, kau bayangkan berapa tahun aku tunggu nak buat braces, aku gagahkan jugak to go to private dental clinic. The clinic was located at Melaka, actually dia belakang melaka sentral. The clinic called Klinik Pergigian Impian. Ha, nama pun dah cukup gempak, memang Impian betul nak buat braces sampai jumpa nama klinik pun Impian. Hahahaha. So klinik ni sangat best, Doktor and staff nurse sangat baik. Okay ni mesti part yang korang tunggu-tunggu kan?, cost braces aku ni adalah around RM4000 tak termasuk harga molding, cabut gigi, xray segala. So now, I will share my experience having braces below. Kang kalau tulis panjang korang komfem malas nak baca. hahaha. 

9 November 2015

Ha, this is my first appointment with Klinik Impian. Hari ini I didn't do much since the doctor who in-charge in orthodontic tak ada. So, I just go with molding and x-ray. Molding tu actually diorang amik acuan gigi. Later on, diorang akan cek gigi korang if it necessarily need scaling. Scaling ni macam dia nak bersihkan dulu plaque dekat gigi. Alhamdulillah, gigi aku bersih. So tak yah cuci. Hehehe. Then they will make an x-ray. So itu jelah process dia for the first day. Berapa harga? If aku tak salah, Molding tu RM50 and X-ray RM100. So total cost on that day is RM150. Inilah struktur gigi aku. Ha, yang jongosnya lain, yang berlapisnya lain. Sabooo jelah T_T

Sedih tengok gigi sendiri! T-T

11 November 2015

Ha, lepas amik molding x-ray segala, so hari ini adalah hari yang korang akan ingat dalam sejarah hidup korang. Hahahaha, hari ini adalah hari untuk cabut gigi. Bila korang nak pakai braces, it means korang nak gigi korang rata and cantik. But how they can make it in range kalau tak ada sufficient space. To have sufficient space means, to allow the movement of teeth. Bila tak cukup space tulah yang bermasalah tu. Macam kau nak parking kereta kat Sogo, Kemain kau mencarut kalau ada kancil park sebelah Alphard. hahaha, to avoid such situation, Doktor akan cabut gigi korang. Kalau macam kes aku, 4 batang harus disingkirkan (keluarkan bagasi ala2 AF). And itu bukan kes aku semata2 ye, that was a common case. Mostly 4 batang confirm kena cabut melainkan gigi korang dah memang lawa tapi gatal gatal nak pakai braces. Masa cabut tu tak yah cerita kot, kalau korang nak buat korang akan rasa. Yang penting korang akan sangat2 tak selesa. Aku bleeding teruk kot. Kau faham lah, gigi sihat walafiat dipaksa cabut. hahaha.

Yang ni masa tengah bleeding teruk. Dengan mulut kau kebas tak rasa apa, darah meleleh pun kau tak sedar T_T

Bleeding dah stop and bius pun dah habis. Alhamdulillah, tak ada lah rasa sakit sangat. Maybe sebab aku dah makan ubat tahan sakit kot.

12 November 2015
Hi, so hari ini aku cabut lagi dua batang gigi which is yang belah kanan. Actually hari ini aku pergi klinik awal gila because I can't wait to que. Patient ramai kak. After I sent my mom to Klebang, around 10 am, I'm arrived at the clinic. After got the que card, I wait for another one hour. Then cabutlah gigi lagi dua batang tu ha. After cabut tu, one of doctor surprise me! Surprise apa tu?, ha, korang tunggu. So ni lah hasil cabutan hari ini. Dua lagi gigi telah disingkirkan untuk hari kedua (dah macam AF). Hahahaha. So as mentioned, 4 biji gigi kena cabut. and forgive me for inappropriate look of my lips. masa ni bibir aku bengkak weh. Tak tau asal. Mungkin sebab kesan cabut gigi tu. T_T

Ini keadaan dua biji gigi atas yang dah dicabut. Yang belah kanan tu baru lagi, yang kiri is getting better, wound pun nicely coated. Alhamdulillah.
Still bleeding, kau tgok tebal gila bibir aku. Doktor tu cucuk apa tah. Sakit woii!
Ini lower jaw. Macam kat atas, kanan baru cabut, and kiri tu just nice, dia dah recovered sikit.
So, kan aku bagitau tadi, aku ada surprise. The surprise is *drumroll*, aku dapat pakai braces hari ini jugak!. Ha!!. disebabkan aku cabut gigi awal, so sempatlah gusi aku recovered dalam masa 4 jam, then terus buat braces. Plan awalnya, aku akan pasang braces on Sunday, tapi sebab doktor tengok macam okay, dia kata, boleh pasang petang dalam pukul 4. Aku punya lah teruja dik non, sampai rasa bisa cabut gigi terus hilang. Hahahaha, penantian berakhir kau. hahaha. So, lepas cabut gigi around 11.30 tu aku terus balik, and datang semula klinik around 4pm. Thanks kepada Aina, kawan aku sebab sudi bagi idea untuk pilih warna getah, and guess what, aku pilih warna oren. Sebab dari apa yang aku paham aina cakap, pilih warna terang supaya dia lambat pudar. hewhewhew. So Alhamdulillah, aku dah pun pakai braces setelah sekian lama mengidam. Lepas ni aku nak tick dah kat wishlist aku tu ha. Hehehehe. And sebelum aku lupa, total cost for today is RM100 (cabut gigi) and RM1037 for braces and berus gigi apa semua. hehehe. Next appointment aku tukar getah is on 12/12/2015. Hehehe. Hopefully Allah s.w.t permudahkan urusan aku untuk pakai benda ni for next 2 years. InsyaAllah. Currently gigi aku tengah berdenyut and lapar weh. Tak leh nak makan apa haa!. Sabooo je T_T. Oklah weh, tak ada idea nak bebel panjang2. Hehehe, TQ kerana sudi baca. And for those yang nak pakai braces, silalah ke Klinik Pergigian Impian. Doktor semua baik2. hehehe. Bye korang.

Akhirnya! Tadaaaaa! Getah kemain oren. hehehe. Alhamdulillah :)